
Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders telah memulakan penayangan filem Fitna yang menghina Islam dengan memetik beberapa ayat Al-Quran dengan imej latar serangan pengganas. Video 15 minit itu disiarkan oleh liveleak.com dan disusuli kemudian penyiaran secara segmen oleh beberapa saluran televisyen Belanda.

Pengguna Islam Digesa Boikot Barangan Belanda - Bernama
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan bekerjasama dengan anggota Majlis Permuafakatan Antara NGO (Mapan) dan Persatuan Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menggesa pengguna Islam di negara ini melancarkan kempen boikot terpilih produk keluaran Belanda.
Pengarah Projek PPIM Noor Nirwandy Mat Noordin berkata pemulauan itu adalah tanda bantahan terhadap tindakan salah seorang anggota Parlimen Belanda, Greert Wilders mengeluarkan sebuah filem pendek yang secara terang-terangan menghina Islam bertajuk ‘Fitna’ menerusi Internet.
“Boikot terpilih ini adalah usaha kita menyuarakan bantahan secara aman terhadap perhinaan dan provokasi terhadap Islam.
“Tiada gunanya kita bersikap agresif tetapi kita perlu bangkit menyuarakan bantahan untuk mempertahankan hak dan maruah umat Islam dengan bijaksana,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Noor Nirwandy berkata produk-produk terpilih keluaran Belanda yang perlu diboikot termasuk minyak Shell, susu Dutch Lady, barangan elektrik Philips, coklat Forrero Roche, insurans ING, teh Lipton, perisa makanan Knor dan cecair mandian Dove.
Katanya, pasaraya Mydin akan bekerjasama meletakkan tanda produk keluaran Belanda yang dijual di pasar raya itu bagi membolehkan pengguna mengenalpasti produk tersebut.
“PPIM yakin boikot terpilih produk Belanda ini akan menghantar satu mesej yang jelas kepada mereka supaya tidak mempermainkan sensitiviti dan maruah umat Islam selain belajar menghormati sesama manusia,” katanya.
Mana dia senarai produk Belanda untuk diboikot Rakyat Malaysia?
Mari kita senaraikan:-
01. Dutch Lady - Susu
02. Ferrero Roche - Coklat
03. Wall’s - Ais Krim
04. Ing -Insurans
05. Planta -Magerin
06. Lady’s Choice -Magerin
07. Lipton -Teh
08. Shell -Minyak
09. Knorr -Perisa Makanan
10. Dove -Mandian
11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant -Deodoran
13. Rexona -Deodoran
14. Ponds -Produk Kecantikan
15. Kieldsens -Coklat
16. Slimfast -Produk Pelangsing
17. Lego -Kismis
18. Philips -Barangan Elektrik
19. Duyvis -Makanan Ringan
20. Gouda -Keju
21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello -Lip Balm
25. Pickwick -Teh
26. Venz -Mentega Coklat
27. Kinder Bueno -Coklat
28. Unilever -Syarikat
29. -
30. -
31. Sunsilk -Shampoo
32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
33. Lux -Mandian
34. Vaseline -Lip Balm
35. Cif -Pencuci Lantai
36. Surf -Pencuci Kain
37. Wishbone -Pencuci Kain
38. Doriana - Keju Krim
39. Bertolli -Minyak Masak
40. Clear -Shampoo
41. Breeze -Pencuci Kain
42. Sun -Pencuci Kain
Sekiranya anda tahu apa lagi barangan Belanda yang patut diboikot sila tuliskan di ruangan komen. Terima kasih atas sumbangan anda.