Archive for the ‘Isu Semasa’

Konspirasi H1N1 : Kapitalis Buat Duit08.13.09

Oleh : Hishamuddin Rais
Malaysiakini.com

Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar.

Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan “tukar tiub”.

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir.

Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung.

Lebih banyak untung, lebih cepat jadi kaya.

Hari ini kita semua tahu bagaimana seramai 44 orang telah ditewaskan oleh virus selesema A (H1N1). Wabak ini sedang menular bukan sahaja di negara kita, malah di seluruh dunia.

Apa sebenarnya semua fenomena ini?

Pada 1963, satu persidangaan diadakan di Iron Mountains, tidak jauh dari Hudson New York. Ketika ini Amerika Syarikat sedang bertarung di Vietnam, Laos dan Kemboja.

Persidangan para pemikir ini untuk membuat dasar bagi pihak kuasa imperial Amerika Syarikat. Pemikir-pemikir ini ingin mencari jalan bagaimana sistem ekonomi kapitalis dunia ini dapat diteruskan tanpa berlaku peperangan.

Laporan dari Iron Mountains telah mengajukan:

- Pertambahan penduduk di bumi akan membawa laba kepada kaum korporat,
- Perang wajib berlaku untuk tujuan ekonomi, politik dan perkembangan sosial,
- Melahirkan musuh sebagai strategi politik.

Dari sinilah lahir keinginan untuk mengawal genetik dan pembunuhan besar-besaran dalam usaha untuk mengawal manusia bagi memastikan keuntungan terus dapat dikaut oleh kaum kapitalis.

Di sini juga bermulanya apa yang akan kita kenali sebagai keganasan biologi – bioterrorism. Teknologi hayat akan digunakan sebagai senjata untuk mengawal umat manusia.

Pada 1970 telah keluar satu memo, National Security Memo No: 200. Memo ini ditulis oleh Henry Kessinger yang menimbulkan bagaimana wajib dikawal ledakan penduduk yang semakin bertambah dalam dunia hari ini.

Memo No: 200 ini mencadangkan agar dijalankan usaha untuk mengurangkan penduduk dunia.

Petikan sebahagian kandungan memo tulisan Kessinger:

“There is a major risk severe damage to world economy, political and ecological syatem begin to fail to our humanitarian values. The urban slums dwellers (though apprently not recent migrants) may serve as a volatile, violent force which threatened political stability.

International relation - population factors are crucial in and after determinants of violent conflicts in developing areas. There is no single approach which will solve the population problem.

The complex social and economic factors involved call for comprehensive strategy… At the same time action and program must be tailored to specific countries and group.”

Dalam bahasa mudah, Kessinger melihat manusia miskin – penduduk miskin kota - sebagai sampah dan perlu dikawal dan dibersihkan. Ia samalah dengar dasar ’setinggan sifar’ yang selalu diuar-uarkan dalam negara kita ini.

Justeru, hari ini ada berpuluh-puluh lembaga, badan dan makmal sedang membuat kajian biologi. Ada yang bergantung rapat dengan universiti. Ada yang berkait rapat dengan kaji selidik tentera. Ada yang diwujudkan oleh syarikat pembuat ubat.

Malah semua makmal penyelidikan ini kait-mengait antara satu sama lain. Lembaga-lembaga ini semuanya mendapat dana daripada syarikat pembuat ubatan-ubatan dan mendapat kontrak daripada Jabataban Pertahanan Amerika Syarikat.

Semua lembaga dan makmal ini adalah lembaga kapitalis. Tujuan penyelidikan ilmiah mereka untuk membuat keuntungan maksimum. Ilmu pengetahuan mereka bukan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia tetapi untuk mencari jalan agar perniagaan mendapat untung besar.

Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal.

Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini.

Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub. Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:

1 – mengurangkan penduduk dunia, dan
2 – menjual ubatan.

Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais? Sabar dahulu.

Cuba fikirkan pula bagaimana depleted uranium (DU) sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan. Peluru-peluru baru yang dibuat oleh syarikat persenjataan menggunakan DU dalam peluru yang dapat meledakkan apa sahaja – dari kereta perisai hingga ke tembok-tembok tebal.

DU ini, daripada apa yang diheboh-hebohkan, adalah uranium yang telah mandul kuasanya. Justeru tidak berbahaya kepada manusia. Kenyataan ini bohong!

Kajian demi kajian telah dijalankan yang menunjukkan DU ini masih membawa padah dan malapetaka yang maha hebat kepada umat manusia.

DU akan melahirkan barah. Anak-anak yang baru lahir di Iraq dan Afghanistan – apabila ibu atau ayahnya telah terhidu DU – akan lahir bukan seperti bayi.

Ada yang berkepala besar. Ada yang bermata satu. Ada yang bengkang-bengkok. Bayi-bayi ini gergasi cacat yang dimunculkan oleh teknologi kaum imperial Anglo-Amerika.

Tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Penduduk akan berkurangan. Yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat.

Ini pandangan karut daripada Hishamuddin Rais? Kerana DU juga terkena kepada tentera mereka juga. Betul.

Memang betul ada beribu-ribu tentera British dan soldadu Amerika yang telah mengambil bahagian dalam perang Desert Storm dan sedang menghadapi apa yang dipanggil Gulf Syndrom.

Ia adalah penyakit baru - pengidapnya akan mati perlahan-lahan. Pada akhir 1980-an, para veteran Desert Storm di United Kingdom menuntut agar Golf Syndrom ditakrif sebagai penyakit.

Permintaan ini telah ditolak oleh kerajaan. Kerajaan menafikan wujudnya penyakit ini.

Para veteran – satu demi satu mati. Anak-anak mereka yang baru lahir ramai yang cacat sama seperti yang terjadi di Iraq dan Afghanistan.

Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains.

Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.

Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.

Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.

Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.

Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera. Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.

Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang “dibebaskan” atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.

Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.

Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.

Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis.

Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.

Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.

Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.

Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.

Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.

Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.

Related Article : Berkongsi Pengalaman Menghadapi H1N1

Posted in Isu Semasa, Kisah dan Tauladanwith No Comments →

Berkongsi Pengalaman Tentang Virus Influenza H1N108.10.09

From: Lina Rahmat

Beginner Stage

Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat…

Second Stage

Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena…masa ni kena kuarantin…at hospital.

Masalahnya sekarang dah ramai yg kena. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin…Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I.

Critical Stage

Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u.

That’s why kalau baby atau budak2 susah nak kata…normally die. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..

Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan…sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia…Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2.

We all cuma blh tengok dia dari cermin…tak blh masuk dlm bilik kuarantin…Dr & nurse aje boleh masuh…siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin…

Alhamdulillah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya…All the family member unite to support my brother fighting the virus.

Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient.

At the same time dr bz with other case as well…1 doktor 5 patient…kat gov hospital…kesian dr2 tu…berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action.

Even senior dia org dah pergi private & they don’t have much experience , dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah…tidor kat hospital.

Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I…Thanks to Allah

Posted in Isu Semasa, Kisah dan Tauladanwith 5 Comments →

Facebook, Yahudi & Israel06.26.09

Sebelum ini heboh diperkatakan tentang kebocoran maklumat-maklumat peribadi mereka yang mempunyai akaun facebook.

Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara ‘tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?

Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?

Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti…
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B’inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.

Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?

Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

( Email yang di forward oleh kenalan, untuk perkongsian dan penilaian )

Posted in Islam, Isu Semasawith 2 Comments →

Bersamalah Kita Menghulurkan Sumbangan Untuk Gaza01.12.09

Diharapkan anda semua bersama-sama memberikan sedikit sebanyak sumbangan yang boleh kepada penduduk Gaza, saudara sesama islam kita.

Sumbangan melalui www.Maybank2u.com.my ikuti langkah berikut:

1. Login ke www.Maybank2u.com.my
2. Pilih “Accounts & Banking”.
3. Pilih “Transfers”.
4. Pilih “New 3rd Party Account Transfer”.
5. Request for TAC.
6. Key in “To 3rd Party Account Number” 514105-320501.

sumbangan untuk gaza

Penduduk di sana sedang kesusahan, jadi hulurlah sebarang bantuan kepada mereka. InsyaAllah segala amalan yang kita lakukan diberkati Allah S.W.T…

Posted in Islam, Isu Semasawith No Comments →

Rapat Umum Selamatkan Gaza 10 Jan 200901.07.09

Selamatkan Gaza
Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.

Anjuran: Aman Palestin
Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari
Tempat: Stadium Melawati Shah Alam

Objektif:
1- Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
2- Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
3- Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Aktiviti:
Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.

Posted in Islam, Isu Semasawith No Comments →

Mubaligh Melayu Kristian Di Dungun Terengganu12.24.08

T-Shirt Christian Hardcore

Pagi tadi, penulis sempat bersarapan pagi di Sura Gate, Dungun. Temujanji dengan Wartawan Sinar Harian jam 10.00 pagi di sebuah warung depan Sek. Men Sultan Omar.. Suasana di warung itu agak sibuk kerana ramai pelanggan yang sedang menikmati juadah di situ.

Sewaktu hendak memesan nasi dagang, penulis terpandang kepada seseorang yang memakai T-shirt Hitam tertulis: ” Hard Core Christian ” serta berlambang salib!

Penulis cuba mendekati beliau dan bertanya, ” Awak Islam ke Kristian? “. Beliau diam. Sekali lagi penulis menanya dengan meninggikan sedikit suara takut kalau-kalau beliau tak dengar. Kali ini beliau mengangkat muka dan alangkah terkejutnya penulis apabila beliau memarahi penulis dengan loghat Ganu Kite seraya memanggil suaminya yang sedang menunggu di dalam van di depan gerai berkenaan..

Penulis dapat perhatikan perempuan Melayu yang tidak bertudung itu tidak begitu selesa ditanyakan soalan begitu, tetapi penulis tetap mempertikaikan mengapa dia memakai T-shirt yang bertulis dan berlambang Kristian???

Malangnya, suami beliau (bertopi dan juga berbangsa Melayu serta memakai T-shirt yang sama) turun daripada van memarahi penulis kerana mangambil cakna statusnya lalu dengan tergesa-gesa membayar pesanan yang dibungkus dengan banyaknya itu, tanpa langsung mendapat PERHATIAN SEWAJARNYA daripada pelanggan-pelanggan lain di dalam warung tersebut yang terdiri daripada 100% orang melayu-Islam.

Apa yang penulis kesalkan ialah:

1. Kini sudah kedapatan Melayu Kristian di Dungun!

2. Lemahnya penguat-kuasaan terhadap gejala ‘Kristianisasi’ oleh pihak-pihak yang bertanggung-jawab; dan

3. Langsung tidak mendapat perhatian daripada masyarakat tentang bahayanya ‘Kritianisasi’ terutamanya di kalangan penduduk di luar bandar! Penulis hanya dibairkan dimarahi begitu sahaja tanpa mereka datang membantu atau bertanyakan penulis!…

“Renung-renungkanlah saudaraku seagama!”

Oleh Zalipaka
http://www.tranungkite.net

Posted in Islam, Isu Semasawith 2 Comments →

Video Sajak Kematian11.14.08

sekelompok ibu bapa, ahli politik, dan ahli akademik kecoh dengan impak tayangan klip video ‘Sajak Kematian’ terhadap kanak-kanak dan menganggap video ini menimbulkan trauma.

Siapa sebenarnya trauma, adakah kanak-kanak yang menontonnya atau ibu ayahnya, pimpinan politik, atau mereka yang berkepentingan?

Kita tidak menafikan bahawa video ini memberikan kesan yang menakutkan. Namun, rasa takut yang ditimbulkan jika diuruskan dengan baik mampu membentuk kanak-kanak memahami erti kehidupan dan kematian.

Seharusnya, isu ini dilihat secara positif kerana rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya orang yang paling bijak ialah mereka yang sering mengingati mati.

Sajak Kematian

Isu Sajak Kematian TV3

Lagi Reaksi Sajak Kematian TV3

Sajak Kematian : Pandangan Ustaz Zawawi

Sajak Kematian : Hishamuddin Tak Setuju

Posted in Islam, Isu Semasa, Videowith 1 Comment →

Orang Munafiq Suka Bersumpah - Dr. Fatma Elzahraa08.30.08

Video ini dipetik dari program bersama Dr Fatma Elzahraa di Astro

Penerangan oleh Ustaz Azhar Idrus mengenai sumpah yang dilakukan oleh Saiful ketika memnyampaikan Kuliyah Maghrib Jemputan Ustaz Azhar Idrus Di Surau Losong Haji Mamat pada 16 Ogos 2008

Posted in Islam, Isu Semasa, Videowith No Comments →

Jawapan Kepada Benjamin Stephen Yang Murtad06.21.08

Benjamin Stephen dikatakan berasal dari Johor dan telah murtad dari Islam.Dia telah menyampaikan ceramah yang menghina Islam dan Muhammad s.a.w., semua dakwaanya adalah palsu dan tanpa dalil. Silalah dengar

Video 1/7

Video 2/7

Video 3/7

Video 4/7

Video 5/7

Video 6/7

Video 7/7

Posted in Isu Semasa, Videowith 16 Comments →

Jom Boikot Produk Israel06.21.08


FAKTA-FAKTA PENTING

* Kekejaman dan keganasan yang dilakukan oleh Rejim Yahudi yang disokong Kerajaan Amerika terhadap kemanusiaan dan negara-negara lemah telah berlarutan sejak puluhan tahun dahulu.

*Mereka pula disokong kuat dengan bantuan moral dan kewangan yang besar oleh banyak syarikat-syarikat penyokong dan berkepentingan Yahudi yang tidak bermoral, tidak bertanggung jawab dan semata-mata “ mempergunakan pengguna” yang sering dilayan tak lebih dari haiwan (goyim).

* Sebagai manusia yang adil, pengguna bijak dan menjaga maruah kita, seharusnya kita berurusan dengan syarikat yang menghormati hak kemanusiaan dan kepenggunaan. Adalah lebih baik kita memberi keuntungan kepada syarikat yang mesra pengguna, bermoral dan beretika daripada syarikat yang tidak menghormati malah menindas nilai kemanusiaan, keagamaan malah menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk terus membantu proses penindasan dan kezaliman.

* Atas kesedaran ini, rasanya tidak cukup untuk kita sekadar “ mengutuk” Rejim Israel. Setiap daripada kita yang sedar dan ingin melakukan sesuatu untuk menghentikan keganasan dan kezaliman ini dapatlah memainkan peranan dengan menyertai boikot terpilih bagi menyampaikan isyarat kepada mereka yang buta perasaan dan hati ini.

* Demi keamanan & kesejahteraan kemanusiaan sejagat bersatu kita BOIKOT 3 buat permulaan, 3 produk pilihan yang terbukti menyokong dan berkepentingan Yahudi dipilih sebagai produk yang akan diboikot bagi memberi fokus dan memudahkan kita mengukur keberkesanan kempen boikot produk penyokong dan berkepentingan Yahudi bagi menentangi keganasan dan peperangan.

Asas pemilihan 3 syarikat ini adalah kerana terdapat banyak lagi produk altenatif, produk tidak kritikal, produk tidak membawa kebaikan selain daripada dasar syarikat dan produk yang amat tidak beretika..

* Jika jualan mereka boleh dijejaskan dengan boikot ini, syarikat-syarikat lain juga akan berfikir 2 kali kali sebelum meneruskan sokongan mereka kepada Rejim zalim ini.

* Perjuangan ini dibawa dan didokong bersama: MAPAN, Persatuan Pengguna Islam Malaysia, AMAN MALAYSIA, PRESMA, KIMMA, IIS, Yayasan Kerjaya Malaysia, parti-parti Politik, NGO-NGO Kemanusiaan & Keamanan, individu-individu yang inginkan kedamaian serta rakyat Malaysia prihatin yang tidak dapat disenaraikan.

* “ Penyokong kepada musuh kita adalah musuh kita jua.” Perjuangan membela keadilan dan kesejahteraan kemanusiaan sejagat adalah tanggungjawab kita bersama dan memerlukan sedikit pengorbanan. Ianya boleh dilakukan sebagai agenda kita bersama walaupun kita mempunyai fahaman, ideologi dan keturunan yang berbeza.Mari kita buktikan kita boleh lakukan sesuatu dalam perjuangan membawa keamanan dan masa depan kita bersama!

Rujukan produk Israel - Muslim Consumer

Sumber : http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/page.php?17

Posted in Islam, Isu Semasawith 1 Comment →