Facebook, Yahudi & Israel
Sebelum ini heboh diperkatakan tentang kebocoran maklumat-maklumat peribadi mereka yang mempunyai akaun facebook.
Tahukah anda bahawa Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.
Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?
Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara ‘tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?
Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1..5 billion.
Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?
Sedikit Info tentang AEPi:
1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.
2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti…
3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.
4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.
5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel
6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B’inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.
Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?
Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?
( Email yang di forward oleh kenalan, untuk perkongsian dan penilaian )


December 27th, 2009 at 11:45 pm
Assalamualaikum…
encik, saya nak tanya…
dari mana encik dapat maklumat semua ni??
saya tengok dalam facebook, lebih banyak persatuan-persatuan Islam dan kumpulan-kumpulan yang menentang Israel…
January 26th, 2010 at 3:23 pm
kita tidak mengeluarkan duit..jd adakah ia juga mnyumbg kpd mereka????
March 22nd, 2010 at 9:01 pm
salam,adakah ini semua benar?,jika ia benar hebahkanlah dimuka2 blog agar kita tidak menyumbang kepada kekukuhan Yahudi,tetapi berikanlah buktinya sekali agar dapat diterima.
March 31st, 2010 at 12:19 pm
Salam. Walau apapun, internet ini adalah juga bermula dari Kaum Yahudi laknatullah. Namun begitu, kita tidak disuruh meninggalkan semua yang Yahudi hasilkan. Cuma kita gunakan dengan sebaik mungkin untuk sebarkan dakwah dan menentang kaum zalim kristianisasi dan yahudi. Gunakan senjata mereka untuk menentang mereka balik. Tidakkah begitu lebih baik dari memboikot internet dan/atau facebook sehingga menyebabkan umat islam ketinggalan di alam siber ini.
October 11th, 2010 at 1:17 am
Amar Ma’aruf Nahi Mungkar..
November 3rd, 2010 at 12:33 pm
hnya DIA yg lbih Mengetahui….mgkin sua2 ari akn trbgkar sgalanya yg mnjdi prsoalan smua..
August 21st, 2011 at 1:54 am
kumpulkan semua ahli2 dalam bidang IT dan cipta sesuatu untuk lebih baik dari FB .. change the internet to be muslim own “musnet” …