Archive for December, 2008

Tiga Gelas Susu Sehari Bantu Hadapi Risiko Tekanan Darah Tinggi12.28.08

Wanita dengan mudah dapat mengurangkan risiko menghidapi tekanan darah tinggi jika mereka meminum susu tanpa lemak bersama dengan pengambilan lebih kalsium dan vitamin-D dari sumber makanan lain yang bukan dari jenis suplemen tambahan.

Satu kajian baru-baru ini yang disiarkan di Jurnal American Heart Association’s “Hypertension”, mendedahkan fakta ini. Lebih dari 30 ribu wanita pertengahan umur dan yang lebih tua telah diperiksa dalam kajian tersebut.

Pengkaji-pengkaji di Universiti Harvard mendapati wanita yang meminum lebih susu tanpa lemak atau susu rendah lemak dan lain-lain produk tenusu yang kaya dengan kalsium dan vitamin D mendapat lebih perlindungan terhadap risiko dijangkiti tekanan darah tinggi

Menurut kajian tersebut jika seorang wanita meminum dua atau lebih gelas susu tanpa lemak atau rendah lemak setiap hari maka risiko menghidapi tekanan darah tinggi akan berkurangan hampir 10%. Kajian juga mendapati hasil keputusan ini tidak dapat dicapai dengan pengambilan susu tinggi lemak dan sumber kalsium serta vitamin D dari suplemen tambahan.

Posted in Pemakananwith No Comments →

Mubaligh Melayu Kristian Di Dungun Terengganu12.24.08

T-Shirt Christian Hardcore

Pagi tadi, penulis sempat bersarapan pagi di Sura Gate, Dungun. Temujanji dengan Wartawan Sinar Harian jam 10.00 pagi di sebuah warung depan Sek. Men Sultan Omar.. Suasana di warung itu agak sibuk kerana ramai pelanggan yang sedang menikmati juadah di situ.

Sewaktu hendak memesan nasi dagang, penulis terpandang kepada seseorang yang memakai T-shirt Hitam tertulis: ” Hard Core Christian ” serta berlambang salib!

Penulis cuba mendekati beliau dan bertanya, ” Awak Islam ke Kristian? “. Beliau diam. Sekali lagi penulis menanya dengan meninggikan sedikit suara takut kalau-kalau beliau tak dengar. Kali ini beliau mengangkat muka dan alangkah terkejutnya penulis apabila beliau memarahi penulis dengan loghat Ganu Kite seraya memanggil suaminya yang sedang menunggu di dalam van di depan gerai berkenaan..

Penulis dapat perhatikan perempuan Melayu yang tidak bertudung itu tidak begitu selesa ditanyakan soalan begitu, tetapi penulis tetap mempertikaikan mengapa dia memakai T-shirt yang bertulis dan berlambang Kristian???

Malangnya, suami beliau (bertopi dan juga berbangsa Melayu serta memakai T-shirt yang sama) turun daripada van memarahi penulis kerana mangambil cakna statusnya lalu dengan tergesa-gesa membayar pesanan yang dibungkus dengan banyaknya itu, tanpa langsung mendapat PERHATIAN SEWAJARNYA daripada pelanggan-pelanggan lain di dalam warung tersebut yang terdiri daripada 100% orang melayu-Islam.

Apa yang penulis kesalkan ialah:

1. Kini sudah kedapatan Melayu Kristian di Dungun!

2. Lemahnya penguat-kuasaan terhadap gejala ‘Kristianisasi’ oleh pihak-pihak yang bertanggung-jawab; dan

3. Langsung tidak mendapat perhatian daripada masyarakat tentang bahayanya ‘Kritianisasi’ terutamanya di kalangan penduduk di luar bandar! Penulis hanya dibairkan dimarahi begitu sahaja tanpa mereka datang membantu atau bertanyakan penulis!…

“Renung-renungkanlah saudaraku seagama!”

Oleh Zalipaka
http://www.tranungkite.net

Posted in Islam, Isu Semasawith 14 Comments →