Cakra Alam atau Putar Alam???

Posted in Kisah dan Tauladan on Nov 18, 2008

Semuanya terbongkar bila James Randi seorang pakar ilmu silap mata yang terkenal merungkainya satu persatu. Video di bawah menunjukkan Cakra Alam adalah Putar Alam.

Cakra Alam Putar Alam Part 1

Cakra Alam Putar Alam Part 2

360 TV3 : Penjelasan Ustaz Arief Cakra Alam

1) Rawatan menggunakan telur

    * Meletakan telur di atas badan pesakit, apabila dipecahkan telur, kononnya terdapat darah kotor.

    * Apabila Pengkaji Korea memberi telur yang dibawa dari kedai, Ustaz Arif kata “kena guna telur ayam kampung”. Apabila digunakan telur tersebut tidak terdapat pula darah atau apa-apa yang pelik.

    * Trik Penipuan - Suntik darah/pewarna kedalam telur menggunakan jarum halus, kemudian letak plaster kecik untuk menutup lubang kecil itu.

2) Rawatan cas elektrik

    * Meletakkan lampu kalimantang di sekitar anggota badan pesakit dan lampu akan menyala sekiranya terdapat cas yang tidak elok. Penggunaan test pen boleh menyala lampu, menanda kan ada pengaliran cas elektrik yang tidak stabil

    * Pengkaji Korea meminta Ustaz guna mentol pijar, tetapi tidak menyala. Semasa rawatan menggunakan telur, beliau tidak memakai selipar, tetapi semasa rawatan elektrik, beliau memakai selipar(Pelik bukan?).

    * Penyelidik Korea meminta untuk scan selipar Ustaz Arief dengan alat pengesan logam, tapi ustaz Arief tidak benarkan. Cameraman pula merakam gambar kaki ustaz semasa tengah on off kan lampu, Cukup Jelas semasa On= ‘kaki letak’ dan Off = ‘Kaki angkat’.

    * Apabila Ustaz Arif tiada, Penyelidik Korea tersebut secara sembunyi-sembunyi menggunakan alat scanner, untuk scan selipar dan keputusannya scanner berbunyi menandakan terdapat alat di dalam selipar tersebut.

    * Trik Penipuan: Dalam selipar tu mengandungi alat elektronik yang boleh membekal kan arus elektrik kecil dan tak memberi kesan renjatan pada badan manusia

Trackback URI | Comments RSS

6 Responses to “ Cakra Alam atau Putar Alam??? ”

  1. # 1 Kebesut Says:

    nak carik le sepasang selipar tu, hihihi berapa rega nya? pastu nak bukak pusat perubatan.,..kayoooooooooo makcik nanti!! huhuhuhuhu!!!

  2. # 2 Aebob Says:

    makan duit haram la ko… taubat wei~

  3. # 3 Wulianfa Says:

    PENIPU punye makhluk…
    wat malu jer, agaknye ni yg dikatakan Malaysia Boleh Tipu!!!
    bodo punye mamak, buang la ketayap tur…

  4. # 4 Faribul Says:

    celaka punya mamak..kesian org yg kena tipu..

  5. # 5 teknikcepatkaya Says:

    mati2 aku ingat betul. rupanya tipuan….

  6. # 6 nor Says:

    Salam. Logik juga alasan ahli silap mata tu. Tapi macam mana penjenayah kat Indonesia yang cabar polis suruh tembak dia, kemudian polis lepaskan 170 das tembakan 1 peluru pun tak kena badan dia. Semua bias. Bila dilembing dengan buluh tajam lalu rebah. Dapat dipasung macam bawa babi hutan keluar dari dalam hutan. Macam mana trik ilmu pakai besi kuning tu ya. Ada buat kajian saintifik tak. Samalah macam Tarzan Malaya yang disanggup ditembak pakai senapang M16. Dia kata tak pakai apa-apa ilmu atau anti kebal. Padahal kat jari dia pakai cincin besi kuning. Boleh ulas tak.TQ

Leave a Reply