Kadar Zakat Fitrah 2008

KUALA LUMPUR - Kadar zakat fitrah pada sepanjang bulan Ramadan kali ini untuk hampir semua negeri di seluruh negara naik antara RM1 dan lebih RM2 bagi setiap orang.
Kecuali Selangor mengekalkan kadar lama RM5.20, negeri-negeri lain termasuk jirannya Wilayah Persekutuan dinaikkan kepada RM5.20 daripada RM4.70 sebelum ini.
Terengganu memperlihatkan pertambahan besar iaitu pada kadar maksimum RM8 dan minimum RM6 berbanding tahun lalu RM5.50 dan serendah RM4.80.
Ini diikuti Sabah yang mengenakan kadar bayaran sebanyak RM7.70 daripada RM5.20 pada tahun sebelumnya peningkatan RM2.50 manakala Kelantan menetapkan RM7.60 berbanding RM4.80 tahun lalu.
Sarawak pula menyaksikan kenaikan kadar zakat fitrah terbesar iaitu RM2.70 kepada RM7.50 disusuli Pahang yang bertambah RM2.50 kepada kadar baru iaitu RM7.30.
Tinjauan Kosmo! ke atas beberapa pihak berkuasa agama negeri mendapati pertambahan itu dipengaruhi kesan kenaikan harga beras yang menjadi pengukur penetapan kadar semasa zakat fitrah pada tahun ini.
Sumber : Kosmo


September 29th, 2008 at 11:19 am
tengahari ni baru nak gi bayar zakat…esok dah nak gerak balik kampong. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin
April 3rd, 2010 at 5:00 pm
[…] akan segera usai, semoga kita semua bisa menyelesaikannya hingga genap 1 bulan dan bisa sama-samaIslam Agama Ku | Kadar Zakat Fitrah 2008… kesan kenaikan harga beras yang menjadi pengukur penetapan kadar semasa zakat fitrah pada tahun […]