Archive for September, 2008

Kadar Zakat Fitrah 200809.14.08

Zakat fitrah 2008
KUALA LUMPUR - Kadar zakat fitrah pada sepanjang bulan Ramadan kali ini untuk hampir semua negeri di seluruh negara naik antara RM1 dan lebih RM2 bagi setiap orang.

Kecuali Selangor mengekalkan kadar lama RM5.20, negeri-negeri lain termasuk jirannya Wilayah Persekutuan dinaikkan kepada RM5.20 daripada RM4.70 sebelum ini.

Terengganu memperlihatkan pertambahan besar iaitu pada kadar maksimum RM8 dan minimum RM6 berbanding tahun lalu RM5.50 dan serendah RM4.80.

Ini diikuti Sabah yang mengenakan kadar bayaran sebanyak RM7.70 daripada RM5.20 pada tahun sebelumnya peningkatan RM2.50 manakala Kelantan menetapkan RM7.60 berbanding RM4.80 tahun lalu.

Sarawak pula menyaksikan kenaikan kadar zakat fitrah terbesar iaitu RM2.70 kepada RM7.50 disusuli Pahang yang bertambah RM2.50 kepada kadar baru iaitu RM7.30.

Tinjauan Kosmo! ke atas beberapa pihak berkuasa agama negeri mendapati pertambahan itu dipengaruhi kesan kenaikan harga beras yang menjadi pengukur penetapan kadar semasa zakat fitrah pada tahun ini.

Sumber : Kosmo

Posted in Islamwith 2 Comments →

Waktu Imsak & Berbuka Puasa Tahun 2008 / 1429H09.04.08

Anda boleh download waktu imsak dan berbuka puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia
tahun 1429H/2008M di http://www.islam.gov.my/portal/puasa.php

Posted in Islamwith 3 Comments →

Kelebihan Ramadhan : 13 Pesanan Rasulullah S.A.W09.01.08

Ramadhan Al Mubarak
Imam Ibnu Khuzaimah dalam kitab At Targhib Juz II/217-218 meriwayatkan suatu hadith bahawa Rasulullah s.a.w. pada hari terakhir bulan Sya’ban berkhutbah di hadapan kaum muslimin, seperti berikut: “Wahai manusia, sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh suatu bulan yang agung lagi penuh barakah:

1. Iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan

2. Bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu kewajiban dan qiyam (shalat) pada malam harinya suatu tahawwu’ (ibadah sunnah yang sangat dianjurkan).

3. Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan (sunnah) di dalamnya, (ia diganjar pahala) sama seperti menunaikan kewajiban (fardhu) di bulan yang lain.

4. Dan siapa saja yang menunaikan kewajiban di bulan Ramadhan, (ia diganjar pahala) sama dengan orang yang mengerjakan 70 kali kewajiban tersebut di bulan yang lain.

5. Ramadhan adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu pahalanya adalah syurga (al jannah).

6. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan

7. Ramadhan itu adalah bulan Allah menambah rezeki para mukmin di dalamnya.

8. Siapa saja yang pada bulan itu memberikan makanan berbuka kepada orang yang puasa, maka perbuatan itu menjadi pengampunan atas dosa-dosanya, kemerdekaan dirinya dari api neraka, dan ia mendapatkan pahala seperti pahala orang berpuasa yang diberinya makanan berbuka itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu”.Para sahabat berkata: “Ya Rasululullah, tidak semua dari kami memiliki makanan berbuka untuk orang-orang yang berpuasa”.

Rasulullah saw. pun menjawab: “Allah memberikan pahala tersebut kepada orang yang memberikan sebutir kurma sekalipun atau sekadar seteguk air atau sehirup susu.

9. Bulan Ramadhan ini adalah bulan yang permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka.

10. Siapa saja yang meringankan beban dari orang yang dikuasainya (hamba sahaya atau bawahannya), nescaya Allah mengampuni dosanya dan membebaskannya dari api neraka. Kerana itu perbanyaklah empat perkara di bulan Ramadhan ini.Dua perkara yang dengannya kalian menyenangkan Tuhan kalian dan dua perkara lainnya sangat kalian perlukan.

11. Dua perkara yang kalian lakukan untuk menyenangkan Tuhan kalian adalah mengakui dengan sesungguhnya bahwa tiada Tuhan melainkan Allah dan kalian memohon ampunan kepada- Nya.

12. Adapun dua perkara yang sangat kalian perlukan adalah memohon syurgaNya dan berlindung dari api neraka.

13. Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berpuasa niscaya Allah akan memberinya minum dari air kolamku dengan suatu minuman yang dia tidak merasa haus lagi sesudahnya hingga ia masuk syurga”.

Posted in Islamwith 1 Comment →