Fitna Video Belanda Yang Menghina Islam

Posted in Isu Semasa, Video on Mar 31, 2008

Geert Wilders

Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders telah memulakan penayangan filem Fitna yang menghina Islam dengan memetik beberapa ayat Al-Quran dengan imej latar serangan pengganas. Video 15 minit itu disiarkan oleh liveleak.com dan disusuli kemudian penyiaran secara segmen oleh beberapa saluran televisyen Belanda.

Fitna video belanda

Pengguna Islam Digesa Boikot Barangan Belanda - Bernama

KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan bekerjasama dengan anggota Majlis Permuafakatan Antara NGO (Mapan) dan Persatuan Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menggesa pengguna Islam di negara ini melancarkan kempen boikot terpilih produk keluaran Belanda.

Pengarah Projek PPIM Noor Nirwandy Mat Noordin berkata pemulauan itu adalah tanda bantahan terhadap tindakan salah seorang anggota Parlimen Belanda, Greert Wilders mengeluarkan sebuah filem pendek yang secara terang-terangan menghina Islam bertajuk ‘Fitna’ menerusi Internet.

“Boikot terpilih ini adalah usaha kita menyuarakan bantahan secara aman terhadap perhinaan dan provokasi terhadap Islam.

“Tiada gunanya kita bersikap agresif tetapi kita perlu bangkit menyuarakan bantahan untuk mempertahankan hak dan maruah umat Islam dengan bijaksana,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Nirwandy berkata produk-produk terpilih keluaran Belanda yang perlu diboikot termasuk minyak Shell, susu Dutch Lady, barangan elektrik Philips, coklat Forrero Roche, insurans ING, teh Lipton, perisa makanan Knor dan cecair mandian Dove.

Katanya, pasaraya Mydin akan bekerjasama meletakkan tanda produk keluaran Belanda yang dijual di pasar raya itu bagi membolehkan pengguna mengenalpasti produk tersebut.

“PPIM yakin boikot terpilih produk Belanda ini akan menghantar satu mesej yang jelas kepada mereka supaya tidak mempermainkan sensitiviti dan maruah umat Islam selain belajar menghormati sesama manusia,” katanya.

Mana dia senarai produk Belanda untuk diboikot Rakyat Malaysia?

Mari kita senaraikan:-

    01. Dutch Lady - Susu
    02. Ferrero Roche - Coklat
    03. Wall’s - Ais Krim
    04. Ing -Insurans
    05. Planta -Magerin
    06. Lady’s Choice -Magerin
    07. Lipton -Teh
    08. Shell -Minyak
    09. Knorr -Perisa Makanan
    10. Dove -Mandian
    11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
    12. Radiant -Deodoran
    13. Rexona -Deodoran
    14. Ponds -Produk Kecantikan
    15. Kieldsens -Coklat
    16. Slimfast -Produk Pelangsing
    17. Lego -Kismis
    18. Philips -Barangan Elektrik
    19. Duyvis -Makanan Ringan
    20. Gouda -Keju
    21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
    22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
    23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
    24. Labello -Lip Balm
    25. Pickwick -Teh
    26. Venz -Mentega Coklat
    27. Kinder Bueno -Coklat
    28. Unilever -Syarikat
    29. -
    30. -
    31. Sunsilk -Shampoo
    32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
    33. Lux -Mandian
    34. Vaseline -Lip Balm
    35. Cif -Pencuci Lantai
    36. Surf -Pencuci Kain
    37. Wishbone -Pencuci Kain
    38. Doriana - Keju Krim
    39. Bertolli -Minyak Masak
    40. Clear -Shampoo
    41. Breeze -Pencuci Kain
    42. Sun -Pencuci Kain

Sekiranya anda tahu apa lagi barangan Belanda yang patut diboikot sila tuliskan di ruangan komen. Terima kasih atas sumbangan anda.

Trackback URI | Comments RSS

19 Responses to “ Fitna Video Belanda Yang Menghina Islam ”

  1. # 1 PELUANG PERNIAGAAN INTERNET » Blog Archive » Hari Ini Punya Cerita Says:

    […] cakap jer boikot tapi tetap beli.Kalau ingin lihat senarai barangan Belanda boleh lihat blog islam saudara sukeri Kita tinggalkan pasal isu semasa pulak dan kita kembali kepada isu perniagaan […]

  2. # 2 arnab Says:

    Salam..
    Sekadar memaklumkan bahawa produk no.29 dan 30 telah disahkan bukan keluaran dr Belanda.
    Sila rujuk laman web PPIM..(terkini)

  3. # 3 admin Says:

    Terima kasih atas teguran arnab, senarai barangan telah dikemaskini

  4. # 4 Yong Says:

    Keputusan memboikot merugikn diri sndiri..nabi Muhammad mlarang kita dari rasa ingin ‘membalas dendam’,fikir lah apa akan terjad

  5. # 5 MUZRI Says:

    yong.. kita bukan berniat untuk membalas dendam dengan boikot, tapi untuk belanda mendengar, mengambil tindakan yang tegas dalam isu ini. Apa yang kita inginkan adalah dengan mengelak video ini ditayangkan dan seterus negera belanda menghormati isu agama.

  6. # 6 Din Beramboi Says:

    Hoho..Yong silap paham ni. Kita bukan nak balas dendam..cuma nak bg peringatan kepada mereka. Tak salahnya. Sanggupkah tengok Islam di maki, di caci dan di hina?

    Boikot, jgn tak boikot..

  7. # 7 mustafiq Says:

    Nate bengo BELANDA !!!!maTImu!!!!hIDUP ISLAM!!!bUAT SELAMANYA!!!!!MAI PAKT BOIKOT BRG BELANDA LAKNATULLAH!!!!!!!!

  8. # 8 Kumuslim Says:

    aku pun nak joi boikot..
    http://galerimuslim.blogspot.com/

  9. # 9 titan Says:

    boikot. Tapi jangan sampai gi bunuh orang plak ek..

  10. # 10 Zahidah GMC Says:

    assAlaMualIkum……………….Cakap memang senang.Tapi nak buat nye susah.patutnye Malaysia ni terus berhenti import bebrg ni.lagi selamat.klu nak tunggu masyarakat yang boikot,maybe 20% je yang akan ikut.

  11. # 11 nur Says:

    assalamualaikum…
    firstly,congrate krn berusaha dlm memperjuangkan isu2 Islam….
    alhamdulillah,ana dr pljr mesir..n skrg berusaha mncari produk2 yg perlu diboikot..
    yg terbaru n sewaktu dgnnye…blh ana tau penulis nie bljr dimne..?
    cume,ana nak tau produk2 yg prlu diboikot dimesir nie…
    atau nta/enti ade sbrg cdgn yg perlu ana research?
    kite xperlu tggu apbila pulang dimalaysia…dr sini perlu diprakikkan..btul x?
    ok,pe2 pun…syukran ye…=)

  12. # 12 crazy_girl Says:

    kita org islam… ckp jew nk boikot… tp beli jugak… ckp org cermin diri dahulu… samada kit ahamba Allah ini support brg belanda kew tak… tgk kat supermarket… org mlayu gak yg berpusu-pusu menuju beli brg keluaran belanda… apew kes….

  13. # 13 buluhmas Says:

    Bukan semua orang islam mcm tuuu crazy girl, cuma yg tak terdedah dengan berita camni jerr yg akan membeli semua barang keluaran belanda nie. Mungkin awk kot salah seorang yg tak prihatin tentang benda nie, jika awk tuu betul² mengikut sunah Nabi maka taakan keluar kata² yg mengelirukan tuuu. saya akan boikot barangan belanda selama hidup saya ini Allah akan bersama dengan hambanya yg sayang akan kekasihnya Nabi Muhammad. Jangan tinggal Solat solat itu tiang Agama, jika solat anda terpelihara maka segala gerak geri dan tingkah laku anda akan di pelihara oleh Allah juga.

  14. # 14 rizal Says:

    Aku dah lama boikot barang2 dari sana. berjaga2 lah seluruh umat islam sekarang banyakfitnah diakhir zaman. Jaga2 lah akan kemunculan dajjal.

    ikhlas dariku:-

    http://hu-allah.blogspot.com

  15. # 15 butterfly Says:

    alamak… brg2 yg kena boikot mcm barangan pilips, kinder bueno, ferrero rocher, lipton tu favourite aku la… hmm… skrang aku boikotla… x mau beli lg… demi Islam yg tercinta…

  16. # 16 ABDUL HAMID BIN AZEEZUR RAHMAN Says:

    BANYAK PENJUAL INSURANCE ORANG ISLAM DI ING, SO PELAN 2 SIKIT

  17. # 17 Zamri Harun Says:

    Kita juga wajib elakkan dari makan atau pergi ke senarai di bawah ini:
    Durian Belanda
    Ayam Belanda
    Tikus Belanda
    Awek Belanda
    Bukit Belanda (Kuala Selangor)
    Kota Belanda (Pangkor)

  18. # 18 Zamri Harun Says:

    Sebelum boikot kita kene jadi kuasa ekonomi…siapa Islam ni kalau kita lemah camana nak boikot sedangkan yang menguasai ekonomi dan barangan pengguna adalah bangsa bukan Islam ni…ingat….hapuskan pasaraya-pasaraya besar yang ada ni wujudkan pasaraya besar berorientasikan Islam dimajukan oleh orang Islam…baru boleh kita bangga..masa tu nanti tak perlu boikot kerana kita berkuasa…kembalikan martabat Islam…bangkit Melayu Islam, jangan tidur.

    Ni ada yang ikut pergi perhimpunan konon tegakkan Islam tapi masih melanggar hukum-hakam Islam…alah….saya tau….

    jadi…jangan jadi golongan munafik…….

    lagi satu jagan percaya 100% ustaz atau ulama’ keturunan arab ni kerana diorang ni bukan betul sangat…..

    Malas nak cerita tapi perkara aib ini berlaku semasa Multaqa Ulama’ Sedunia…..memalukan…cerita aib ini biarlah saya sorang yang tau….

    Yang penting saya bukan hasut tapi kita kene beringat logam berwarna emas itu bukannya emas dan yang batu bersinar itu bukan berlian….

  19. # 19 Tarmizy-rwgCH Says:

    Salam semua, jemput melawat blog saya di http://tarmizy-rwgch.blogspot.com

Leave a Reply