Siksa Dunia Isteri Yang Curang

Posted in Kisah dan Tauladan on Feb 17, 2008

Untuk bacaan kita bersama sebagai pengajaran dan tauladan bagi para isteri yang diceritakan oleh seorang ustaz. Begini ceritanya…

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.

“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.

“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

“Entahlah.” katanya perlahan,

” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.

“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.

“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.

“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.

“InsyaAllah.” Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”

“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.

“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.

“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.

“Keluar lendir bercampur nanah.”

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”

“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

“Ustaz,”katanya,

“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”

“Kenapa?”pantas saya bertanya…

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya “Kenapa?”

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.

Trackback URI | Comments RSS

17 Responses to “ Siksa Dunia Isteri Yang Curang ”

  1. # 1 hj ahmad bin md zain Says:

    Terima kasih kerana memaparkan cerita kisah semoga menjadi pedoman bagi para pembaca.
    Nasihat saya sebagai seorang yang tak berilmu & jahil:-
    -bagi teruna & dara yang ingin mencari jodoh, terlebih dahulu solat hajat & istikharah supaya Allah SWT menjodohkan dengan pasangan yang memelihara iman, islam & ihsan.

  2. # 2 lonely soldier boyz Says:

    sesunguhnya tiada lagi perempuan baik di dunia ini..
    aku rsa seperti x mau kawen je..
    semua wanita x suci lagi. !!!!!!!!!

  3. # 3 FIZA Says:

    bukan sahaja isteri@suami curang perlu hadapi nasib sebegini;setiap insan yang kejam dan menipu seseorang dan mengkhianati seseorang yang mempercayai mereka perlu menghadapi situasi begini;ALLAHUALLAM……..

  4. # 4 lone ranger Says:

    to soldier boyz, janganlah menuduh sedemikian. terdapat kira-kira 6 billion manusia pada hari ini, dan mungkin lebih separuh daripada jumlah tersebut adalah wanita, dan saya pasti terdapat ramai lagi wanita yang masih memelihara iman dan maruahnya.

    hendaklah berhati-hati apabila mengucapkan perkataan SEMUA.

  5. # 5 mama sayang Says:

    lonely soldier boyz, sekarang ni lelaki ke popuan ke sama jer… pandai2 lah pilih calon isteri ye…

  6. # 6 nawawi zakaria Says:

    Artikel ini lebih kurang sama jalan ceritanya dengan drama “KEHANGATAN LANTANA” di tayangkan di TV3 pada 14/6/08 jam 10-12 mlm. Semoga ianya menjadi pedoman kepada manusia khususnya para isteri dan bakal isteri.

  7. # 7 Firdaus Says:

    Nauzubillah, kepada para wanita yang membaca!! jadikanlah cerita ini satu iktibar!! janganlah melakukan pekara yang seperti itu kerana takan masuk syurga bagi seorang isteri itu jika suami tidak ridho kepadanya… Jadilah muslimah solehah!!!!!! amin.

  8. # 8 maryam Says:

    jadilah wanita solehah…
    kerana itu adalah sebaik-baik hiasan…

  9. # 9 Nona Says:

    Suami @ Isteri perlu setia diantara satu sama lain. Percaya antara satu sama lain adalah yang paling utama. Suami perlu tahu tanggungjawabnya dan sebagai isteri juga mesti melaksanakan tangungjawabnya dengan sempurna. Cinta itu adalah rahmat Allah jangan sia2 kan.

  10. # 10 sarifah yusof Says:

    kalau dah isteri nak jadi ketua. memang pedih. kacang lupakan kulit….

  11. # 11 Imam Muda Says:

    salam …
    bagus artickle ni,,,
    bila dipikir balik..
    sayang isteri, isteri curang pada kita
    sayang harta, harta memecah belah kan kita
    sayang anak, anak durhaka pada kita
    sayang dunia, dunia menganiaya kita.
    ….
    ….
    ……senarai ini berterusan.

    ini semua azab Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang pada kita supaya kita sedar hanya Allah, rasulnya dan agama Islam yg patut disayangi dan diberi prioriti. Insyallah, kalau kita dah sampai ke tahap itu, perkara-perkara dunia lain akan menjadi mudah bagi kita. Tinggalkan amalan-amalan ’seronok’ kita yg membuang masa dan tidak mendapat redha Allah. perbanyakkan zikir dan ingati Allah serta selawat.(selain drp solat, amal jariah dsbnya.)

  12. # 12 Nora Says:

    Memang sedih bila membaca pengakuan ini. bagaimana pula bila suami yang curang?. Ego tetap nombor satu biar sudah ditimpa musibah, mengaku beliau berzina/seks aktif dengan perempuan sana sini. Isteri sendiri diabaikan. Isteri sendiri tidak disentuh, dibenci, pandang muka tidak mahu…makan minum yang disediakan tidak di jamah. Adilkah semua ini????
    Jika sudah benci isteri kenapa tidak dicerai tapi disiksa begini.
    - ustaz boleh jawab saya personel.

  13. # 13 sarifah yusof independent distributor HERBALIFE Says:

    sarifah dan teman lelaki nya memang pandai mengatur strategi supaya perbuatan terkutuk nya tidak dikesan oleh suami nya. isteri durjana ini merancang agar suami nya tidak keluar daring rumah, melarang berkawan dgn sesiapa jua.menyuruh membuat berbagai kerja rumah, sehingga suaminya menjadi bodoh, menyerahkan semua duit , sekali gus tidak tahu menahu apa yang dilakukan oleh isterln semasa keluar dari rumah.berbagai helah jahat lagi digunakan supaya suaminya takut utk keluar dari rumah.
    apabila sudah pasting suaminya benar benar bodoh, dengan mudah wanita kemboja yg zalim initial menghambat suami yg malang itu.

  14. # 14 sarifah yusof independent herbalife distributor Says:

    sarifah yusof seorang isteri derhaka… setelah diberi kebebasan oleh suami

    menyertai jualan lansung HERBALIFE…. wanita ini jadi SHOCK CULTURE.
    MENJADI SOMBONG ANGKOH DAN BONGKAK. lebih lebih lagi bila dah berkenalan dengan

    ramai orang. dah pandai simpan kekasih gelap.kalau zaman P Ramlee , si suami yang

    tipu suami… tapi zaman sekarang Isteri tipu suami lebih hebat lagi siap atur

    strategi bersama teman lelakinya utk menghapuskan suaminya… pulun semua duit dan

    harta suami… sebagai lelaki yg telah beristeri akan merasa malu sekiranya

    keluar dating dgn teman wanita.. malu juga jika terserempak dengan rakan rakan,

    jiran atau org yang dikenali… tetapi wanita ini tanpa segan silu keluar datang

    atau tayang kononnya dia sorang aja ada kekasih … keluar masuk bilik hotel

    menjadi perkara biasa ( tidak takut lansung hukum Allah ) lupa anak anak

    dirumah…. macam ini kah sikap wanita atau betina di dunia akhir zaman ? wAllah

    hu alam… kalau kita ingat lagi kisah semerah padi .. betina seperti ini akan

    DISULA SAMPAI MATI . bermakna Allah pun tidak mahu betina seperti ini hidup di

    bumi milik nya.. zaman sekarang tidak lagi… malah menjadi trend dan kebanggaan

    bagi segelintir kecil kumpulan para isteri sepertinya… juga rakan rakan

    HERBALIFE NYA…..

  15. # 15 tukang tgk Says:

    kepada sarifah yusof independent distributor HERBALIFE =

    anda tau x dosa FITNAH itu lebih teruk dari Dosa MEMBUNUH…bertaubat la ye, hang tau x…bile hang letak email kat sini,link die tros p kt fb hang tau..hang tu per,bile plak jadi laki..klu nk buat fitnah sediakn 3 saksi yg dipercayai
    ni fb hang yg kantoi
    http://www.facebook.com/profile.php?id=100000061625286

  16. # 16 sarifah yusof independent distributor herbalife Says:

    Kuala Terengganu 11 Jun.Seorang ibu kepada tiga anak ditangkap kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lelaki di rumah nya di Kampung Tok Hakim, Padang Miden, di sini tengah malam tadi.

    Wanita berusia 31 tahun itu yang juga seorang peniaga jualan lansung Herbalife ditahan bersama seorang lelaki ketika serbuan dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Terengganu (JAIT) di sebuah rumah di kampung berkenaan.

    Ketika serbuan kira-kira pukul 12 tengah malam itu, wanita berkenaan mengambil masa hampir setengah jam untuk membuka pintu rumah dan hasil pemeriksaan tidak menemui mana-mana lelaki.

    Namun curiga melihat wanita itu, petugas JAIT memasuki rumah kosong di sebelahnya melalui pintu dapur dan menemui seorang lelaki berusia 31 tahun yang sedang bersembunyi dengan memegang kasut dan topi keledar.

    Malah lelaki yang bekerja di sebuah syarikat francais dan telah berkahwin serta mempunyai seorang anak sanggup memanjat pagar dari rumah wanita terbabit ke rumah kosong tersebut untuk bersembunyi.

    Dalam pada itu, suami wanita terbabit yang tidak ingin dikenali sebagai memanjatkan kesyukuran kepada Allah sejurus tiba di rumah tersebut.

    Katanya, dia bersyukur kerana teka-teki yang bermain di fikirannya berhubung kecurangan isterinya itu akhirnya telah terjawab.

    ”Selepas setahun memikirkan kesahihan kecurangan isteri saya, hari ini saya bersyukur kerana Allah telah memberi petunjuk kepada saya.

    ”Saya percaya lelaki yang ditahan itu merupakan penyebab kepada proses penceraian kami yang masih belum tamat ketika ini,” ujarnya.

    Katanya, dia terkilan kerana usaha kerasnya untuk menjadikan isterinya seorang usahawan berjaya sehingga pernah menghiasi majalah tempatan suatu ketika dahulu tidak dihargai oleh wanita berkenaan.

    Jelasnya, hasil pernikahannya dengan wanita itu, mereka telah dikurniakan dua anak perempuan serta seoranglelaki

    Sementara itu, Pengarah JAIT, Datuk Mohammed Khusrin Munawi ketika dihubungi mengesahkan penangkapan berkenaan.

  17. # 17 isteri Says:

    Mmg benar salah bg seorang isteri curang pd suami tp bagaimana seandainya suami yang mnyakiti isteri terlebih dahulu???dipukul,dimaki dikhalayak ramai,dimalukan dlm facebook????adakalanya jangan terus menyalahkan seorang wanita…andainya seorang suami itu jujur dalam cintanya…menjaga hak isterinya…bukan sekadar nafkah batin je…zahir pun…pasti tiada masalah juga…seorang pelacur blh jadi baik andai terasa dihargai dan di sayangi…kebanyakan lelaki hanya memikirkan seks sebagai nafkah batin….kenapa masih ramai lelaki tidak mengetahui ape yang dimaksudkan nafkah batin…jangan tau nak tala je…andainya seorang suami tidak melukai hati isterinya dahulu,pasti isterinya akan setia padanya sampai mati…andainya suami tau tanggungjawabnya pasti wanita akan jadi isteri solehah…jgnla seorang lelaki itu menunding ksalahan pd kaum wanita sahaja…fikirla dari akarnya bukan setelah pohon itu berbuah baru tau pohon ape….dari asalnya silap siapa…andai tiada kemampuan,jgn berkahwin,jgn mendera isteri…bukan harta yang di cari tp sgalanya kerana hidup isteri serah 100% pd suami….jdlah suami baik kerana suami yang baik baru dapat merubah isteri….andai semua lelaki mengikut semua sunnah rasulullah saw,pasti tiada masalah…jgn sakiti tubuh isteri kerana wanita zaman sekarang bukan mcm dulu…dendam bercambah dihati…kelak merana diri…saya jujur katakan saya pernah berjumpa isteri yang setia hingga ke tua..tapi didera jiwanya…lalu wanita itu membalas segala kesakitan yang ditanggungnya selama 27 tahun bersama suami ketika suaminya sakit…ingatla lelaki/suami,wanita juga manusia….ada hati dan perasaan bukan mainan…mereka juga manusia…jangan salahkan mereka andai hari tuamu kelak ditinggalkan jauh…sanggup blik umah anak…mls nak layan….beringatla andai tidak mahu menderita terutama sewaktu kamu memerlukan kasih mereka…

Leave a Reply