Isu Siswi UPM & Babi

Posted in Islam on Oct 23, 2007

Oleh JasinDaily


Umat Islam marah bukan soal pegang, mengendali, merawat atau mengkaji penyakit babi dan anjing. Isunya ialah SIKAP yang ditunjukkan oleh pelajar Islam tersebut dan betapa biadabnya pensyarah mereka yang tidak mengambil peduli tanggungjawab yang diamanahkan oleh Islam agar adab dan akhlak perlu dijaga dalam apa jua bidang dan situasi.

Sekalipun terpaksa memegang anjing dan babi, tidak mampukah pihak universiti berkenaan menyediakan sarung tangan untuk dipakai oleh pelajar Islam tersebut?

Sekiranya gambar pelajar Islam itu dalam keadaan sedang membuat eksperimen di makmal, melakukan kajian saintifik atau sesi kuliah dalam bidang yang berkaitan memang tiada apa-apa masalah pada gambar tersebut.

Jangan kata hendak pegang anjing atau babi, jika perlu mereka memegang atau membelek-belek kemaluan pensyarah mereka sendiri pun tiada siapa yang peduli, asalkan gambar tersebut dalam situasi sesi kajian sampel-sampel, rawatan atau penyelidikan menurut kurikulum Doktor Perubatan Veterinar.


Malangnya gambar-gambar tersebut tidak begitu. Apa yang umat Islam lihat adalah gambaran sebuah ‘kasih-sayang’ yang terlampau.

Ini satu bentuk penghinaan terhadap pelajar Islam secara terang-terangan dan seolah-olah terancang.

Hanya pensyarah yang mempunyai niat jahat sahaja yang sanggup melihat pelajarnya beraksi sedemikian.

Apakah ini juga salah satu bentuk ‘deraan’ oleh pelajar senior selepas episod di Kem latihan tentera udara, penjara Abu Gharib atau sekolah-sekolah berasrama penuh sebelum ini!?

Umat Islam Melayu khususnya - dulu, kini dan selamanya ?mengajar anak-anak mereka jijik terhadap anjing dan babi kerana nilai yang diwarisi daripada ibu bapa ini adalah satu kaedah pendidikan untuk memahamkan mereka bahawa anjing dan babi itu hukumnya najis berat dan haram dimakan.

Dalam waktu yang sama, masyarakat majmuk di Malaysia difahamkan bahawa orang Islam jijik dengan babi dan anjing kerana Islam telah menetapkan hukumnya begitu.

Maka orang kafir perlu menghormati umat Islam dalam apa situasi sekalipun kerana kita telah menunjukkan sikap jijik kita terhadap binatang najis itu.

Lagipun, amalan bagi masyarakat Melayu jangan kata hendak memegang babi, menyebut namanya pun sudah menjijikkan.

Berzina perbuatan haram maka menghampirinya juga dilarang. Arak haram maka apa-apa yang terlibat dengannya turut haram.


Anjing dan babi najis berat serta haram dimakan maka apa yang datang dari keduanya atau keturunannya tetap najis dan haram untuk dimakan.

Kecuali melibatkan perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak dan mengikut adab yang diajar oleh Islam.

Pensyarah tersebut juga berhujah, ini hanya soal taharah bukannya soal haram dipegang atau haram dipelihara.

Hukum fekah menetapkan anjing dan babi itu najis mughallazah atau najis berat.

Baiklah jika soal taharah, najis sederhana seperti tahi pensyarah atau tahi pelajar itu sendiri, mahukah pelajar tersebut bergambar dan berposing sambil memegang tahi mereka alasan sebagai menerangkan kepada umat Islam bahawa umat Islam boleh menyentuh tahi?

Apa pula yang boleh kita katakan jika pelajar itu bergambar bangga di sebelah pancutan air kencing rakannya sendiri.

Bolehkah kita tersenyum dengan alasan mereka sedang belajar urine test?

Cukupkah berpandangan bahawa tahi dan air kencing itu cuma najis sederhana sahaja bukan najis berat atau sesuatu yang haram disentuh.

Mana letaknya akhlak dan adab serta budaya sopan kita selama ini?

Apakah kita gembira melihat rombongan pelajar-pelajar Islam yang bertudung bergambar dengan penuh ceria dan bangga di hadapan kilang arak dengan alasan mereka sekadar membuat kajian atau lawatan sambil belajar?

Hari ini kita sudah tidak kisah melihat gadis-gadis Islam bertudung menari, berjoget dan bernyanyi bersama lelaki di atas pentas atau gadis-gadis bertudung yang turut berpelukan dan berjoget di bawah pentas sambil bersorak gembira menyaksikan artis kafir atau Melayu yang sekadar menutup kemaluan dalam program maksiat.

Adakah ini senario yang ingin kita jadikan budaya setelah 50 tahun kita merdeka?

Persoalan anjing dan babi ciptaan Allah memang tidak sesiapa yang akan menafikannya.

Tetapi soal bagaimana kita melayaninya telah diajar oleh Islam.

Syaitan adalah ciptaan Allah tetapi ia dilayan dengan laknat.

Manusia ciptaan Allah juga dilayan mengikut kebaikan atau kejahatannya. Haiwan ciptaan Allah turut dilayan mengikut kegunaannya.

Memang benar kita perlu melayan haiwan dengan baik, tetapi sebaik mana layanan kita sekalipun sekiranya berhadapan dengan harimau, singa, ular dan binatang berbisa masih ada batasnya.

Belajarlah sehingga PhD sekalipun, tetapi jika soal adab dan akhlak masih keliru, jika soal najis masih diringan-ringankan, soal anjing dan babi masih tidak ada perasaan jijik apalah nilai ilmu setinggi itu.

Percayalah jika pemikiran dangkal sebegini berlarutan, orang kafir akan menganggap tiada apa-apa larangan kepada orang Islam terhadap kedua-dua binatang najis mughallazah ini.

Jangan salahkan mereka jika suatu hari nanti pensyarah itu dihidangkan dengan gulai babi atau sup anjing.

Ini kerana anak-anak didiknya telah menunjukkan SIKAP yang KURANG diAJARi oleh guru mereka.

Ustaz Muhammad

Trackback URI | Comments RSS

50 Responses to “ Isu Siswi UPM & Babi ”

  1. # 1 yusuf Says:

    bodoh sial..!!!!

  2. # 2 Pokd Says:

    ApeR yang Bangang Nyer Orang Zaman Sekarang…Kene Laknat kat Tuhan gak Puok2 nie…

  3. # 3 chalyz Says:

    pangang btoi..bodo nk mampos..pe kejadah nyer wt mcm 2..xreti bhase ker..arap muker jer lawo,bodo pe taik .

  4. # 4 yes5 Says:

    mcm balik zaman jahiliyah la plak

  5. # 5 Ibnu Sina Says:

    Bdok tue posing mcm da posing ngan pakwe..
    molek sgtle tue…

    suke erk bergambor ngan babi..
    kalo babi tue bleh ckp,kompom die ckp yg bdok tue bodoh sebab die bergambor ngan binatang yang hodoh… Dah le hodoh, haram plok tue..

  6. # 6 Wan Quddus al-Khurasani Says:

    cmne bole jd gini???…x malukah umat Islam skrg?sedey tgk anak melayu bertudung skrg…hebat sgt ke kndang babi tuh…eee…bole plak awk tahan bau taik babi ek???taik kucing pon aku x tahan geng!!!…jgn laa kita trpengaruh dgn agenda org kafir yg sentiasa ingin merendahkan martabat Islam…Carilah Mardhatillah bukannya glamour…

  7. # 7 Rezlyx Says:

    Hanya Tuhan saja yang tahu…ish22…astagfirullahalazim..tak cukup ajaran ke…awek cun lagi tu…apa nak jadi dunia nie…aku pun tak taulah…memalukan agama je…tapi takpalah..yang penting bukan aku…im cool..Peace n War..

  8. # 8 Rezlyx Says:

    awek cun camni..rasanya ada otak ke??tak silap aku ada kot..tapi malfunction…disable..or wat.??

  9. # 9 hahn ahmadinejad Says:

    marilah bersama-sama mendoakan kwn2 kite yg da terjebak kpd prkra2 yg dihrmkan Allah,kembali ke pngkl jln yg sbnr…

  10. # 10 raduan Says:

    Memang ramai yang berilmu tapi tak beriman contohnya orang bukan islam yang ada phd,tapi menjadi satu kepelikan apabila orang yang mengaku islam tiba tiba tidak mengikut cara islam,seperti berpakaian yg menjolok mata.Seorang ustadz yg satu ketika, bertugas sebagai pengawal keselamatan pernah masuk kekilang arak tersebut kerana mengiringi Van menghantar wang gaji dan beliau mendapati ramai org melayu berkerja dikilang tersebut.Terdapat sebuah surau yg cantik didalamnya.Apalah makna sembahyangnya, suraunya,kalau pendapatannya dari sumber yang haram.Tapi itulah yg berlaku, sebab itulah apabila satu ketika mesir dijajah dulu seorang yg bernama glandstone Tlh menyatakan bahawa islam tidak akan hancur kalau kita membakar AlQuran ,membakar mesjid kerana org yg tak pernah membaca Quraan tak pernah mesjid pun akan bangkit menentang kita ,tapi kitanamkan idealogi yg merosakkan mereka.

  11. # 11 juon Says:

    ssgguhnya bnyk lg binatg len bleh dipegang slain babi…mcm bangga btul dia p pegang ank babi tue… macam lah cute… jijikkkkkkkkk……

  12. # 12 ismi Says:

    psl kes pegang n g kilang arak ni,harap umat islam sensitif tapi jgn beremosional.amek pengajarn n kte doakn smoga doirang ni sedar n taubat dgn kjadian yg da berlaku.

  13. # 13 LeeGaNU Says:

    apa nk jadilh ngan umat islam skrg..
    xkn x blh mnilai yg mana baik n mana buruknya..
    moga2 korang sedar apa yang korang lakukan..
    KATAKANLAH korang tpaksa wat perkara tersebut kerana ingin lulus cemerlang xkn xde cara lain..
    sdhlh ngan citer perempuan yg gadai tubuh kpd lecturer krn ingin lulus cemerlang yg pnh digemparkn baru2 ni..
    jadilh manusia yg bermaruah dan mjaga adat serta hukum hakam islam..kalau bkn kita siapa lagi…

  14. # 14 Andy Says:

    Bagaimana dunia ini bisa damai dan maju jika hal seperti ini diributi terus.

    Jika seorang dokter/nurse yang beragama Islam, apakah dia tidak boleh merawat pasiennya yang bukan pemeluk agama Islam katakanlah pasiennya suka makan daging babi???

    Apakah rumah sakit Islam melarang pasien yang bukan beragama islam untuk dapat dirawat di rumah sakit tersebut?

    ………..

  15. # 15 nuar Says:

    Ya Allah! Selamatkan kami dari segala kejahatan dan kecelakaan.

  16. # 16 hani Says:

    sepatut para pelajar membangkang perkara ini dan membuat aduan pada pihak jakim.perkara di atas tidak sepatutnya berlaku kepada umat islam.
    pensyarah universiti tersebut harus di buang kerja kerana sikapnya keterlaluan dan tidak menghormati islam

  17. # 17 Din Beramboi Says:

    astagfirullahalazim….. tak tahu nak cakap apa. Takleh bayang..betapa jijik dan hinanya mereka. Inikah Malaysia yg tolerance pd isu perkauman dan menjaga sensitiviti agama?

    Nak bunuh jer pensyarah tu.. budak2 tu pun bengong, xleh beza…belajar pun, belajar la jgk.. Ada tempat dia.

  18. # 18 peace81 Says:

    kenapa nie?alahia…kn da ssh…cm maner korang belajar nie?kn da tau mende 2 elok wat pe korang teruskn?ya allah..ampunkanlah dosa2 mereka nie…semoga pas nie korang akn insaf….adk2 sekalian kita org islam….

  19. # 19 jejaka kacak Says:

    apa kejadah ni semua!x kan mak bapak nak dok nga ngaje kat umah!!!!!!melihat mat rempit2 melanggar lampu isyarat sesuka hati…..sehingga manimaram mengejar mereka….dgn mengguna motor yg baru….bye

  20. # 20 nanotech81 Says:

    pegang babi tu takdela hal sgt sbb nak blajar serupe mcm doktor ppuan check kemaluan lelaki sbb nak berubat tapi ini amik gambar posing2 lagi cam sial ngan babi. aku pon penah pegang babi tapi takdelah nak amik gambar tunjuk2 cam sial tuh. ini dah buat org ramai salah paham. abeh makcik2 kat kampong aku melompat tgk gambar nih hahaha ya allah ampunkanlah dosa2ku dan mereka ini amin…

  21. # 21 aku Says:

    LU NIE BIKIN PANAS LA…KALAU DAH ADA FOTO NGAN MAKHLUK TUE,,,TAK PAYAH LA TUNJUKKN PADA SAPA2PUN..MEMANG LA LU BUAT KAJIAN TENTANG MAKHLUK TUE,,,KITAKAN BERAGAMA ISLAM…DAH BENDA HARAM TUE..LU BOLEH BUAT MACAM ANAK PATUNG,,,APASAL TAK BAWAK BALIK,,HA..HA..GUA RASA KALAU PARENTS LU TENGOK PUN MESTI DIA TAK SUKA…APA2PUN LEPAS NIE KENA BERINGAT LA..PERKARA2 MACAM NIE SENSITEF DALAM MASYARAKAT KITA,NEGARA KITA….AKU RASA LU BOLEH FIKIR SEBAB LU BUKAN MANUSIA TAKDA OTAK…OK TUE GUA PUNYA KOMEN…PA2 PUN BENDA DAH JADI,,,,SENDIRI MAU INGAT,,,SENDIRI TANGGUNG…

  22. # 22 aku Says:

    gua rasa lepas nie sapa2 pun takmau lu…kat malaysia dah ada cicakman…la nie kita dah ada super hero baru..THE PIGWOMAN..kira lu boleh jadi pelakon watak utama la….haaaaa,,,,haa,,,,,,

  23. # 23 aku Says:

    lu nie memang bodoh nate beruookk…

  24. # 24 Armendo Says:

    Ini jelas ada pelajar melayu(Islam) sanggup melakukan apa juga walaupun yang haram demi segulung
    ijazah.Jelas Walaupun mereka ini golongan berilmu tapi bermarauh dan beraklak hina.Kalau tidak masakan
    ade pelajar melyu saggup melacur,bersekedudukan,GRO,
    bohsia dan macam macam lagi.

  25. # 25 Islam Agama Ku » Beginikah Sikap Pelajar Perempuan Melayu Kita? Says:

    […] Related Post Isu Pelajar Melayu & Babi […]

  26. # 26 insan biasa Says:

    pegangnya babi tidaklah haram…memakannya adalah haram..memegangnya memanglah najis yang berat,tapi tidaklah dikatakan berdosa..cuma setelah pegang tu kenalah samak semula..janganlah kita katakan demi segulung ijazah sanggup melakukan benda yang haram..tak haram mereka pegang babi tu..ada dalam quraan ckp pegang babi haram..cuma memakannya adalah haram…

    kenapa diorang wat kajian pada babi…sebab pada babilah terdapat banyak kuman di dalam ususnya..sebab tu kita perlu dijadikan bahan kajian..kalo tak percaya bukalah buku parasitology..

  27. # 27 hamba allah Says:

    bawa2 la b”taubat………….
    nk nm fon……….
    nk bri ceramah ……….
    duk kt ne yek.:}

  28. # 28 Faisal Says:

    biasalah tu insan biasa….bukan ulama….kasi lupakanlah tulisan dia tu……huhuh

  29. # 29 Ayyub Says:

    Antum tak perlu berpose dengan barang haram…
    kalaulah itu tuntutan study, mesti di cari tutunannya dalam fiqih….

    semoga Allah memudahkan segala urusan
    dan menghindarkan kita dari segala SUBHAT

    ikhwan min Indonesia

  30. # 30 mohamad Says:

    Sekadar renungan:

    Respon kepada gambar diatas perlukah pelajar perempuan dan pensyarah lelaki yang bukan suami isteri malakukan hubungan kelamin untuk tujuan membuat kajian dan belajar mengenai hubungan sulit lelaki perempuan.

  31. # 31 abah Says:

    i. Kajian seilmiah manapun, kita ini masih islam (tidak pasti mereka islam?). Apakah kerana kajian sepele itu kita harus ‘korbankan’ aqidah kita malah mengejek perasaan islam lain? Setinggi manapun kajian ,kita perlu berdisiplin dan menjaga maruah .

    ii. Siapakah guru mereka. Adakah gurunya mau membuli ? Sebagi rakyat Malaysia pensyarah perlu tahu adat dan sensitiviti rakyat Malaysia.

    iii. Dengan terpaparnya gambar tersebut apa respon jabatan agama?

  32. # 32 heng Says:

    saya tak rasa tingkah laku wanita muslim tu ada masalah, sy tetap tak sokong komen yg diberi oleh uztaz itu. apa salahnya kalau dia guna tangan jika dia samak sebelum solat.

    zaman dulu tiada sarung tangan, kena guna tangan juga. kdg2 ulama2 terlalu extreme sehingga mislead umat2 islam. knp harus jadi begitu complicated? rasanya islam x sekompleks yg difikirkan.

    apa masalahnya jika pelajar melawat kilang proses arak? itu adalah pengetahuan. yg salahnya ialah minda pelawat2 itu sendiri jika mereka x boleh nak berfikir.

    saya rasa kecewa selepas membaca komen uztaz itu. things are not so complicated tapi disebabkan perbahasan semua ni yg menyebabkan keadaan jadi kompleks.

    sy berminat nk belajar ttg islam tp kalau sy tgk benda yg simple dah dicomplicatedkan oleh sesetengah pihak, maka saya rasa fobia.

    heng

  33. # 33 john Says:

    emmm…belajar dari kesilapan….kalau boleh elak..elak dari pegang…kalau terpakse pegang je la…tak dosa pun kalau ter…paksa…..tapi g melawat kilang arak tak salah rasanya..yang salah minum arak…tengok camna proses pengakohoalan terjadi…dan macam mana yang dikatakan haram tuh…ustaz pun kene la g melawat tengok…baguih dah tau cite pasai haram tuh….tapi time bile dia nak jadi haram tuh…tengok dengan mata sendiri lagi cantik…ilmu tuh…..kalau orang tanya arak buat dari ape..camne terjadi…time ceramah citer baru nampak ustaz yang berinfomasi….takde tau sebut haramm..haram….

  34. # 34 john Says:

    30 mohamad Says:
    April 20th, 2008 at 5:45 pm

    Sekadar renungan:

    Respon kepada gambar diatas perlukah pelajar perempuan dan pensyarah lelaki yang bukan suami isteri malakukan hubungan kelamin untuk tujuan membuat kajian dan belajar mengenai hubungan sulit lelaki perempuan.

    ko nih ape cite nih….tak sekolah ke….orang cite bab lain ko citer bab hubungan seks..mana boleh sama….berbeza tu…umpama langit dan bumi..agak2 la nank buat perumpamaan pun…..

    hubungan kelamin ko sorang je belajo..orang lain semua tau automatik je…ibarat anak penyu baru menetas..dia tau dah mana nak tuju..takde nye dia tuju ke darat..mesti kelaut nye….apa daaa……

  35. # 35 lola Says:

    bangang n sial je dak dlm gambar to!! bdoh tol lah!!! ingat je pandai blajar kat ‘u’ tp perangai mengalahkan setan je!!

  36. # 36 (sabah) Says:

    Kalau nak tegur/komen pun jan sampai kita yang berdosa.
    sama 2 la kita berdoa terhindar dari kekufuran dan kemaksiatan.
    kepada pelajar yang beraksi di gambar tersebut semoga bertemu keinsafan. saya harap kalian(yg beraksi dengan babi dan anjing) menyucikan diri dan memeriksa kesihatan memandangkan sekarang kita di hantui wabak H1N1. SEMOGA KITA SEMUA SELAMAT DARI BENCANA….

  37. # 37 (sabah) Says:

    tapi terus terang saya geli la tengok huhuhuhuhuh

  38. # 38 orangkampung Says:

    Aku rasa dia orang ni pakai tudung cuma lakonan je. kepada indon yang salah paham tang agama islam tu aku nak jelaskan. merawat manusia lain daripada pegi pegang babi. Babi tu najis kuman dan segala virus yang bahaya semua ada. tu sebab Allah haramkan babi ni.

    Aku kesal orang Islam wat cam ni. Tobatlah sebelum api neraka membakar korang..aku nasihatkan diri aku dan korang sekalian.

  39. # 39 AdkinsSheryl22 Says:

    The home loans seem to be very useful for guys, which are willing to organize their own company. As a fact, it is comfortable to get a college loan.

  40. # 40 len Says:

    salam. sesapa yang kata HARAM pegang babi n WAJIB samak pegang babi tu, TOLONG aku minta tunjukkan ayat al-quran dan hadis mengatakannya. jgnla kita pandai2 kata haram atau jatuhkan hukum tapi xde bukti. mengharamkan mende halal atau sebaliknya BOLEH MEMBATALKAN SYAHADAH. so jgnla memandai2 buat hukum. senang2 je haram la wajib la apa la. ini hukum la, bukan buat kira-kira tambah tolak. tolong, aku cabar enkorang tunjukkan buktinya.

    len

  41. # 41 ... Says:

    tu le mslhnye….. pgng babi, tak haram pun, tp heboh satu negara… prkra yg nyata haram, ada plak yg buat, cthnye, bukan muhrim bersentuhan kulit…yg len tu plak main komen je, tak tau hukum, mmg jahil la….

  42. # 42 nalita Says:

    b0d0hnye,,,,,,,,,,pgng anjing n babi…….kan tu najis.najis berat pulak tu…merosakkan agama n akhlak pulak….gilenye.pulak tu pakai tudung …GERAMNYE……………….

  43. # 43 shahrir Says:

    Jgn cepat melenting tengok gambar2 tu. Dalam Islam anjing dan babi tu cuma najis mughalazah. Perbuatan memegang atau bergambar dgn haiwan2 tu tak haram dlm Islam. Cuma haram dimakan dan perlu disamak kalau tersentuh (kalau basah atau nampak ain najis). Yang haram ialah lelaki dan perempuan yang bukan muhrim berpegangan tangan atau berpelukan. Yang itu perbuatan pun dah haram. Kita perlu faham maslahat ini. Jgn terpedaya dengan cerita2 dari media. Kalau kita ada ilmu tentu komen2 di atas lain bunyinya…sebenarnya ia tak merosakkan agama pun tapi kita yang terperangkap dgn kedangkalan ilmu…

  44. # 44 ery Says:

    shahrir klu tak tau psl haram dan halal jgn pandai2 k..jgn tunjuk sgt bodoh dan bangang mcm budak2 tu..dh la bodoh bangang plak tu..blajar tinggi tp ugama xde..

  45. # 45 abdullah Says:

    salam,org ni nk kate bodoh x bodoh,nk kate pandai x pandai.apelah bengap sangat kepala otak ko tu mcm x bleh guna sarung tangan je kalo nk wat experiment.profnya pon bengap dh tau bdk tu org islam napelah suruh dia pegang benda tu.nk malukan agama islam no1 hai jgnlah jadi manusia yg x berotak

  46. # 46 abdullah Says:

    sye nk tanya kt shahir tu!bdk tu x sengaja sentuh ke atau sengaja.

  47. # 47 fikir Says:

    yang bsalah harus ditegur.
    marah jika wajib/diperlukan asalkan ianya berasas. kerana sgala kata2 (baik@kesat) mjadi pantulan diri, scara langsung mnyentuh hal peribadi dan segajat (tmasuk agama dianutinya).. byk buat kajian mendalam dalm pelbagai faktor, konteks utk mendapatkan sumber2..
    marah2 (trutama menjurus hal agama-sensetif) tapi guna bbahasa kasar/kesat, tiada sapa suka @ sukar diterima niat baik tsebut, itu emosi. beremosi hamrah tanpa mgunakan akal waras blh menjarakkan umat baru @ bukan islam, tmasuk umat islam sendiri mulai sesat dari ajaran asal hy kerana ikut emosi hamrah. hingga melencong akan kebenaran islam itu sendiri. maka tegur dan marahlh dgn bahasa tegas yg bijaksana serta tenang niat suci kita ttpi jgn sesekali mencemarkan maruah orglain, krn mrk sama ciptaan tuhan sama spt kita, hy manusia.

  48. # 48 air mani Says:

    ni org kafir pakai tudung la,saja kafir laknattullah nak jatuh kan islam

  49. # 49 yun Says:

    sebenarnya xsalah pun nak buat lawatan ke kilang arak tu…buat pemerhatian dan kajian bagaimana cara arak dihasilkan.. bukankah itu satu ilmu…xsalah pun membuat kelainan dalam lawatan sambil belajar.
    Mungkin ini suatu isu yang panas jika dibangkitkan. Ttapi sbgai seorang yg berilmu kita harus berfikir dari sudut yg positif. kenapa perlu menjatuhkan hukum. Dosa besar kecil tu bukan kita yang punya kuasa menjatuhkannya, Allah Maha tahu akan hambaNya. Semua berbalik kepada niat, hendak menuntut ilmu. Memegang babi itu pulak, memang babi anjing dan ketrunan daripadanya itu haram.. memang umat Islam akan melenting bila dibangkitkan tentang isu babi , tapi pernahkah kita fikir mukadimah zina itu terus terang haram di sisi agama. Berpegangan tangan dengan antara lelaki perempuan yang bukan muhrim, sah-sah haram. Kenapa tiada yang melenting, ada pula yang kata “alah, biasalah tu, ngah asyik bercinta,kita dulu muda-muda pun gitu jgak”.
    moralnya kat sini lebih baik pegang babi, tak dosa besar tapi hanya perlu disamak, tapi bersentuhan laki perempuan dosa+++….
    Malulah kita umat Islam mengeluarkan kata2 kesat di sini, bila orang bukan islam baca, terus mereka fobia dengn Islam..

  50. # 50 upu Says:

    kalau sengaja pegang anjing/babi berdosa ker…ape dalil/nas hadith..anjing dgn babi hanya najis…taharah jela..kalau najis tu haram..korang berak xblh besuci la..sbb xleh pegang…komen jgn bersandar pd sentimen adat boleh…tp guna agama dan hadith..

Leave a Reply