Jangan Makan Kobis Bulat

Posted in Pemakanan on Oct 21, 2007

Kobis Bulat
Assalamualaikum wbt semua muslimin .

Kubis bulat memang digemari ramai di Malaysia ini. Jikalau hendak melihat buktinya, tunggu sahaja di pintu keluar pasar, perhatikan bakul membeli belah dan perhatikanlah sayur kubis yang dibeli. Kubis murah harganya dan tahan lama. Satu lagi cara untuk melihat betapa orang Malaysia amat gemar dengan sayur kubis ini ialah dengan melihat sayur yang dihidangkan direstoran atau gerai makan, pastinya kubis menjadi salah satu hidangan disitu. Kubis juga menjadi komponen utama dalam “coleslaw” di KFC dan juga kandungan utama burger dan kebab. Siapa yang suka makan lontong, kalau tidak ada kubis dalam sayurnya, maka itu bukan lontonglah. Pendek kata kubis digunakan dipelbagai masakan.

Satu ketika sewaktu makan di sebuah restoran yang kerap saya kunjungi, saya memerhatikan seorang perempuan pelayan restoran tersebut sedang enak makan tengahari dengan berulamkan kubis rebus bercecahkan sambal belacan. Sungguh berselera perempuan ini menghabiskan makanannya. Perempuan ini sudah berkahwin. Saya memandangnya dengan penuh sayu dan sedih kerana memikirkan akibat dari memakan sayur kubis tersebut. Kemudian saya terpandang seorang pelayan lelaki berasal dari Indonesia yang saya kenal. Saya bertanya kepada pelayan lelaki ini “Mat engkau makan kubis tak?”.

Mat menjawab “Saya tak makan”.

Saya bertanya lagi “Kenapa tak makan kubis, bukankah kawan engkau tu sedang enak makan sayur kubis?”

“Bapa saya tak bagi makan kubis” jawab Mat ringkas.

“Kenapa bapa engkau tak bagi makan kubis?” saya menyambung soalan.

“Entah, saya pun tak tahu tapi saya ikut saja cakap bapa saya” Mat menyambung perbualan.

Dari perbualan ringkas saya dengan Mat iaitu seorang pelayan di restoran yang berasal dari Indonesia, dapat saya rumuskan bahawa masih ada segelintir manusia di Malaysia ini yang masih mengamalkan petua orang tua agar tidak makan kubis. Namun apa yang saya sedih ialah Mat ini tidak tahu apa kesan kalau makan kubis ini. Dari penyelidikan ke atas para pelajar saya, memang sah tidak sampai 2% dari mereka ini yang tidak makan kubis. Majoriti memang suka makan kubis dan setengahnya sangat suka kubis dan ada pula yang setiap hari hanya makan sayur kubis, subhanallah.

Apakah sebenarnya kesan apabila manusia memakan kubis? Jawapannya adalah SEKIRANYA SESEORANG MAKAN KUBIS, IA AKAN MENYEBABKAN KEPUTIHAN KELUAR DARI KEMALUANNYA. Apabila disebut sahaja keputihan ramai orang perempuan memang tahu apa bendanya kerana kini ia menjadi masalah yang lumrah pada kebanyakan perempuan samaada anak dara atau yang sudah berkahwin. Fakta ini diakui oleh seorang doktor wanita pakar sakit puan yang dipanggil untuk membincangkan masalah sakit puan di TV3 satu masa dahulu. Doktor perempuan pakar sakit puan ini berkata “Penyakit keputihan adalah penyakit normal yang dihidapi oleh orang perempuan. Ia hanya akan mendatangkan masalah apabila kuantiti keputihan yang dikeluarkan ini terlalu banyak hingga menyebabkan secondary infection”. Dari kenyataan doktor perempuan ini, apa yang dapat disimpulkan di sini ialah bahawa doktor perempuan ini juga mengalami masalah keputihan.

Keputihan yang keluar dari kemaluan perempuan ini sememangnya mendatangkan pelbagai masalah. Keputihan ini menyebabkan bau yang amat tidak menyenangkan kepada wanita itu sendiri mahupun kepada sang suami. Sekiranya kuantiti keputihan yang dikeluarkan adalah banyak, ia bakal mengundang jangkitan penyakit lain seperti gatal yang amat sangat. Ini adalah disebabkan keputihan ini sebenarnya adalah protin yang dikeluarkan dari dinding kemaluan perempuan akibat dari memakan kubis ini. Protin keputihan ini adalah satu medium yang amat digemari oleh mikro organisma seperti kulat dan bakteria. Kedudukan keputihan yang dikeluarkan melalui kemaluan ini begitu tersorok dan sangat lembap dan faktor-faktor ini semua mengundang kulat dan bakteria untuk tumbuh di atasnya yang seterusnya menyebabkan kegatalan yang serius.

Kebanyakan para doktor termasuk doktor perempuan pakar sakit puan yang di panggil TV3 di atas tidak mengetahui tentang punca penyakit keputihan pada orang perempuan. Bila orang perempuan berjumpa doktor untuk rawatan masalah keputihan, doktor akan memberikan berbagai ubat termasuk krim untuk disapukan di kemaluan, namun semua ini tidak membantu kerana kemaluan terus mengeluarkan keputihan. Perempuan yang sudah mengalami kegatalan disebabkan keputihan ini seterusnya akan menghadapi masalah kegatalan yang amat serius apabila mereka makan udang, ketam, sotong atau kerang. Masalah kegatalan ini menyebabkan masalah yang lebih rumit lagi iaitu seorang isteri tidak mampu atau minat untuk melayan suami dan ini pastinya mengundang rantaian masalah lain.

Masalah keputihan yang serius juga sebenarnya mengundang satu lagi masalah yang lebih rumit iaitu MIGRAIN di bahagian tertentu kepala. Masalah keputihan peringkat serius ini sebenarnya mengakibatkan kemaluan jadi amat tidak selesa dan seakan-akan berdenyut. Gigi kalau sakit, kepala juga sakit. Kalau badan demam, kepala pun sakit. Dengan kaedah yang sama ini, bila kemaluan wanita meragam ia mengakibatkan migrain. Perempuan yang migrain ini kalau sudah berkahwin, bayangkanlah bagaimana mereka hendak melayan suami serta menguruskan rumah tangga dan anak-anak.

Satu perkara yang para isteri perlu mengetahuinya ialah keputihan ini menghilangkan nafsu suami ketika ingin bersama kerana baunya yang tidak selesa serta kesan lain yang agak memalukan untuk diceritakan di sini. Cukuplah dengan perkataan bahawa suami akan loya selepas bersama isteri apabila melihat kemaluannya.

Begitu sekali parahnya akibat memakan kubis. Cara mencegah keputihan amat mudah, iaitu JANGAN MAKAN KUBIS ATAU KUAH YANG MENGANDUNGI KUBIS.

Adakah keputihan menyebabkan keputihan kepada kaum wanita sahaja? Jawapannya ialah keputihan juga menyerang kaum lelaki. Kanak-kanak lelaki yang suka makan kubis apabila bersunat akan mengalami masalah BUTA pada kemaluannya. Buta kemaluan ialah satu kes di mana selaput kulit yang bakal di potong sewaktu bersunat melekat kepada bahagian kepala kemaluan lelaki dan bahan yang menjadi pelekat ini ialah keputihan.

Jikalau pada wanita, keputihan dikeluarkan pada dinding vagina, keputihan pada lelaki dikeluarkan di sekitar pangkal kepala kemaluan. Inilah antara hikmah Allah menggalakkan lelaki bersunat agar lebih mudah bagi mereka untuk membersihkan kemaluan dari keputihan. Kini orang bukan Islam juga gemar bersunat dengan alasan yang sama. Keputihan pada lelaki mengakibatkan bau amat busuk setiap kali membuka seluar dalam. Seluar dalam juga kotor di bahagian kemaluan akibat keputihan ini akan menjadi daki yang berwarna hitam.

Selain dari masalah yang telah dinyatakan di atas, keputihan juga menyebabkan kulit menjadi kering dan mengakibatkan sukar menambah berat. Ini dapat dijelaskan dengan mudah kerana sebagaimana telah dijelaskan di atas, keputihan adalah protein. Begitu juga putih telur adalah kaya protein dan warnanya juga adalah putih. Protein yang disingkirkan melalui kemaluan ini sebenarnya amat diperlukan oleh tubuh tetapi akibat memakan kubis, protein ini dikeluarkan sebagai keputihan. Jadi walaupun seseorang banyak makan sumber berprotein, akibat mengambil kubis, protein mustahak ini dikeluarkan dari tubuh sebagai keputihan dan alangkah membazirnya proses ini.

Sumber : Laman Emjay

Trackback URI | Comments RSS

21 Responses to “ Jangan Makan Kobis Bulat ”

  1. # 1 ridaparidah Says:

    Saya memang tak suka sayur kobis nie sebab takut ada cacing tidur kat dalamnya. Tak tau pulak ada keburukan lain…bagus gak saya datang kat sini…

  2. # 2 titan Says:

    Ai.,bahaya gak makan kobis nih. Kene hati-hati..

  3. # 3 ryn Says:

    Terima Kasih untuk maklumat yang berguna..

  4. # 4 yan Says:

    bagus artikel niii

  5. # 5 Arren Says:

    Alhamdulillah…artikal ni…sangat berguna dan memang benar..tidak sia2 saya datang kat sini..time kasih bebyk!

  6. # 6 Qaisarah Says:

    betul…
    alhadulillah,q amalkan petua ni…JANGAN MAKAN KOBIS…
    Q dah amalkan sebulan…Memang berkesan…terus tak makan then keputihan dah takde….

    one day Q makan ar KFC, then makan ar ‘goslow’ KFC tu kan…terus esok tu
    keputihan dtg balik tau….

    so mulai dari ari tu,Q dah tak makan kobis dah…. ;-)

  7. # 7 maryam Says:

    SERIOUSKER NIH?nak try gak laa…thx 4 da info…

  8. # 8 ann Says:

    emm sy pn nk cuba gak lak sbb dh mcm2 ubt mkn dan g jmpa doc tp xda hasil…… lets try and see k.. tq

  9. # 9 erixa Says:

    btol eh..sye xsuke kobis tp klu coslow kt kfc tu sy mkn..pasni sure xkn mkn lg dh.thanks..

  10. # 10 tzha Says:

    PREVENT BETTER THAN CURE…..TRY TO THINK POSITIVELY..HUHU

  11. # 11 ana Says:

    sy ni nanya nak tau jnama mn y hll n hrm

  12. # 12 ana Says:

    nak jg tau kod mkanan n minman y hrm

  13. # 13 rama-rama Says:

    alhmdllh, jumpa artikel nih…

  14. # 14 taman Says:

    Tulisan ni tiada fakta secara saintifik.
    Hanya alasan makan kobis bulat keluar keputihan.
    Sukar untuk saya mempercayainya.

    Note : Nenek saya kobis ni dia buat ulam.

  15. # 15 taman Says:

    Tulisan yang mengelirukan masyarakat.

  16. # 16 aishah humaira Says:

    saya suka kobis…:(

  17. # 17 bob Says:

    xda saintifik lgsg kubis myebabkn keputihan dll. sya bkn peminat kubis tp menda nie klau dbentangkn profesional mmg xleh pkai lgsng sbb xda penjelasan saintifik.. atau adakah dsebabkn baja2 kimia yg digunakan oleh petani? kalu itu sbbnya,xleh salah kn kubis dan mmg xppt pn! jd kubis ka mana2 sayuran len kna bsuh elok2 dan bersih,kalu leh dgn air grm utk menyucikan kubis2 k.. salam.. sori,kalo ad trasa.. daaa

  18. # 18 luncai Says:

    apa bendeelah..mamat ni cerita tentang bahayanya kubis ni setahu aku orang kampung makan kubis tak pernah sakit atau mati makan kubis cuma..kubis yang di tanam oleh syarikat besar-besaran kerana ianya mengunakan racun untuk mengelakan dari kubis itu rosak dimakan oleh ulat…jadi itu kubis yang tak elok itu adalah kubis yang di sembur racun perosak…bukannya kubis itu tak boleh dimakan ada faham….

  19. # 19 HANAFIAH Says:

    Artikel ini tidak menunjukkan secara saintifiknya apa bahan di dalam kobis yang merbahaya yang menyebabkan keputihan dan lain-lain.

    Biasanya apa yang dijadikan oleh Allah tidak membawa mudharat kepada manusia kecuali campurtangan manusia yang berlebihan seperti bila dimakan berlebihan,ubahsuai pada sifat seperti ubah genetik benih,penggunaan racun dan baja kimia yang berlebihan,tidak mencuci dengan bersih dll

  20. # 20 Nid Says:

    Pengalaman saya sendiri memang kobis bulat tidak baik untuk kesihatan dalaman wanita. Malah bukan kobis bulat sahaja…kangkung juga.

  21. # 21 Adudu Says:

    Kebaikan Sayur Kubis

    Rupa bentuknya begitu sederhana, malah ia mudah didapati pada harga yang agak murah.

    Meskipun murah, kubis menyimpan pelbagai khasiat kesihatan lantas ia cukup popular di serata dunia, sama ada dimasak atau dimakan mentah.

    Kubis dulunya terkenal di kalangan masyarakat Yunani dan Rom kuno. Ketika itu, kubis yang dibakar dijadikan bahan untuk membunuh kuman pada luka.

    Diet masyarakat Asia memang kaya dengan kubis yang boleh didapati dalam pelbagai jenis. Kajian mendapati lelaki yang tinggal di China dan Jepun mempunyai masalah barah prostat yang lebih rendah berbanding lelaki yang tinggal di Amerika. Data serupa dicatatkan membabitkan kadar barah payudara di kalangan wanita.

    Antara manfaat kesihatan kubis termasuk membantu rawatan sembelit, ulser perut, sakit kepala, reumatisme, artritis, gout, masalah mata, sakit jantung dan penuaan.

    Sayuran ini juga banyak manfaatnya di kalangan mereka yang ingin menurunkan berat badan. Bayangkan, secawan kubis hanya mengandungi 15 kalori.

    Kubis kaya dengan serat yang membantu untuk mengekalkan air, justeru, ia baik untuk menangani sembelit dan masalah berkaitan.

    Kubis sememangnya kaya dengan pelbagai vitamin seperti vitamin A, C, E dan B.

    Vitamin A membantu untuk melindungi mata dan kulit manakala vitamin C adalah antioksidan penting serta banyak membantu untuk membakar lemak.

    Kita mungkin tidak menyangka kandungan vitamin C di dalam kubis lebih tinggi daripada oren. Vitamin C, salah satu antioksidan terbaik, mengurangkan radikal beas dalam tubuh yang menjadi punca asas penuaan.

    Sains moden menunjukkan kubis memainkan peranan penting dalam menghalang jangkitan dan ulser, kemurungan serta membantu melawan batuk dan demam.

    Ekstrak kubis terbukti membantu untuk membunuh beberapa jenis virus dan bakteria manakala kubis merangsang sistem ketahanan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak antibodi.

    Kandungan besi dan sulfurnya yang tinggi bertindak sebagai agen pembersihan untuk sistem penghadaman. Sulfur adalah nutrien yang sangat berguna untuk melawan jangkitan. Kekurangan sulfur mengakibatkan jangkitan mikrob dan menyebabkan luka lambat sembuh.

    Kehadiran vitamin C dan sulfur itu juga membuatkan kubis baik sebagai bahan untuk menyah toksin daripada tubuh.

    Ini kerana ia membantu untuk membersihkan darah dan menyingkirkan toksin termasuk radikal bebas dan asid urik yang menjadi punca utama masalah reumatisme, gout, artritis dan seumpamanya.

    p/s sya syukur alhmdulillah mmg sya tiada masalh keputihan ketika mnjadikn kubis sbg diet sya,dan berat badan sya asalnyer dr 75 kg trun kpd 55kg. dan bg masalah keburukan memakan kubis yg mnyebabkan keputihan,mgkin kputihan juga trjadi akibat perubahan hormon,pemakanan dan juga kebersihan d bhgian alt sulit. ttp sya syukur alhamdulillah tiada mslh trsebut,mgkin lain org lain tindakbalasnya. jadi apa yang perlu adlah berhati2 dlm memilih makanan harian.;-)

Leave a Reply