Archive for October, 2007

Isu Siswi UPM & Babi10.23.07

Oleh JasinDaily


Umat Islam marah bukan soal pegang, mengendali, merawat atau mengkaji penyakit babi dan anjing. Isunya ialah SIKAP yang ditunjukkan oleh pelajar Islam tersebut dan betapa biadabnya pensyarah mereka yang tidak mengambil peduli tanggungjawab yang diamanahkan oleh Islam agar adab dan akhlak perlu dijaga dalam apa jua bidang dan situasi.

Sekalipun terpaksa memegang anjing dan babi, tidak mampukah pihak universiti berkenaan menyediakan sarung tangan untuk dipakai oleh pelajar Islam tersebut?

Sekiranya gambar pelajar Islam itu dalam keadaan sedang membuat eksperimen di makmal, melakukan kajian saintifik atau sesi kuliah dalam bidang yang berkaitan memang tiada apa-apa masalah pada gambar tersebut.

Jangan kata hendak pegang anjing atau babi, jika perlu mereka memegang atau membelek-belek kemaluan pensyarah mereka sendiri pun tiada siapa yang peduli, asalkan gambar tersebut dalam situasi sesi kajian sampel-sampel, rawatan atau penyelidikan menurut kurikulum Doktor Perubatan Veterinar.


Malangnya gambar-gambar tersebut tidak begitu. Apa yang umat Islam lihat adalah gambaran sebuah ‘kasih-sayang’ yang terlampau.

Ini satu bentuk penghinaan terhadap pelajar Islam secara terang-terangan dan seolah-olah terancang.

Hanya pensyarah yang mempunyai niat jahat sahaja yang sanggup melihat pelajarnya beraksi sedemikian.

Apakah ini juga salah satu bentuk ‘deraan’ oleh pelajar senior selepas episod di Kem latihan tentera udara, penjara Abu Gharib atau sekolah-sekolah berasrama penuh sebelum ini!?

Umat Islam Melayu khususnya - dulu, kini dan selamanya ?mengajar anak-anak mereka jijik terhadap anjing dan babi kerana nilai yang diwarisi daripada ibu bapa ini adalah satu kaedah pendidikan untuk memahamkan mereka bahawa anjing dan babi itu hukumnya najis berat dan haram dimakan.

Dalam waktu yang sama, masyarakat majmuk di Malaysia difahamkan bahawa orang Islam jijik dengan babi dan anjing kerana Islam telah menetapkan hukumnya begitu.

Maka orang kafir perlu menghormati umat Islam dalam apa situasi sekalipun kerana kita telah menunjukkan sikap jijik kita terhadap binatang najis itu.

Lagipun, amalan bagi masyarakat Melayu jangan kata hendak memegang babi, menyebut namanya pun sudah menjijikkan.

Berzina perbuatan haram maka menghampirinya juga dilarang. Arak haram maka apa-apa yang terlibat dengannya turut haram.


Anjing dan babi najis berat serta haram dimakan maka apa yang datang dari keduanya atau keturunannya tetap najis dan haram untuk dimakan.

Kecuali melibatkan perkara-perkara yang dibenarkan oleh syarak dan mengikut adab yang diajar oleh Islam.

Pensyarah tersebut juga berhujah, ini hanya soal taharah bukannya soal haram dipegang atau haram dipelihara.

Hukum fekah menetapkan anjing dan babi itu najis mughallazah atau najis berat.

Baiklah jika soal taharah, najis sederhana seperti tahi pensyarah atau tahi pelajar itu sendiri, mahukah pelajar tersebut bergambar dan berposing sambil memegang tahi mereka alasan sebagai menerangkan kepada umat Islam bahawa umat Islam boleh menyentuh tahi?

Apa pula yang boleh kita katakan jika pelajar itu bergambar bangga di sebelah pancutan air kencing rakannya sendiri.

Bolehkah kita tersenyum dengan alasan mereka sedang belajar urine test?

Cukupkah berpandangan bahawa tahi dan air kencing itu cuma najis sederhana sahaja bukan najis berat atau sesuatu yang haram disentuh.

Mana letaknya akhlak dan adab serta budaya sopan kita selama ini?

Apakah kita gembira melihat rombongan pelajar-pelajar Islam yang bertudung bergambar dengan penuh ceria dan bangga di hadapan kilang arak dengan alasan mereka sekadar membuat kajian atau lawatan sambil belajar?

Hari ini kita sudah tidak kisah melihat gadis-gadis Islam bertudung menari, berjoget dan bernyanyi bersama lelaki di atas pentas atau gadis-gadis bertudung yang turut berpelukan dan berjoget di bawah pentas sambil bersorak gembira menyaksikan artis kafir atau Melayu yang sekadar menutup kemaluan dalam program maksiat.

Adakah ini senario yang ingin kita jadikan budaya setelah 50 tahun kita merdeka?

Persoalan anjing dan babi ciptaan Allah memang tidak sesiapa yang akan menafikannya.

Tetapi soal bagaimana kita melayaninya telah diajar oleh Islam.

Syaitan adalah ciptaan Allah tetapi ia dilayan dengan laknat.

Manusia ciptaan Allah juga dilayan mengikut kebaikan atau kejahatannya. Haiwan ciptaan Allah turut dilayan mengikut kegunaannya.

Memang benar kita perlu melayan haiwan dengan baik, tetapi sebaik mana layanan kita sekalipun sekiranya berhadapan dengan harimau, singa, ular dan binatang berbisa masih ada batasnya.

Belajarlah sehingga PhD sekalipun, tetapi jika soal adab dan akhlak masih keliru, jika soal najis masih diringan-ringankan, soal anjing dan babi masih tidak ada perasaan jijik apalah nilai ilmu setinggi itu.

Percayalah jika pemikiran dangkal sebegini berlarutan, orang kafir akan menganggap tiada apa-apa larangan kepada orang Islam terhadap kedua-dua binatang najis mughallazah ini.

Jangan salahkan mereka jika suatu hari nanti pensyarah itu dihidangkan dengan gulai babi atau sup anjing.

Ini kerana anak-anak didiknya telah menunjukkan SIKAP yang KURANG diAJARi oleh guru mereka.

Ustaz Muhammad

Posted in Islamwith 50 Comments →

Mohon Promo Blog Maahad Muhammadi Thailand10.21.07

Assalamualaikum wrt wbt,

Mohon kerjasama muslimin dan muslimat semua untuk mewar-warkan Blog Maahad Muhammadi Selatan Thailand di

http://maahadmt.blogspot.com

Semoga Allah membalas kebaikan saudara dan saudari semua.

Posted in Islamwith No Comments →

Jangan Makan Kobis Bulat10.21.07

Kobis Bulat
Assalamualaikum wbt semua muslimin .

Kubis bulat memang digemari ramai di Malaysia ini. Jikalau hendak melihat buktinya, tunggu sahaja di pintu keluar pasar, perhatikan bakul membeli belah dan perhatikanlah sayur kubis yang dibeli. Kubis murah harganya dan tahan lama. Satu lagi cara untuk melihat betapa orang Malaysia amat gemar dengan sayur kubis ini ialah dengan melihat sayur yang dihidangkan direstoran atau gerai makan, pastinya kubis menjadi salah satu hidangan disitu. Kubis juga menjadi komponen utama dalam “coleslaw” di KFC dan juga kandungan utama burger dan kebab. Siapa yang suka makan lontong, kalau tidak ada kubis dalam sayurnya, maka itu bukan lontonglah. Pendek kata kubis digunakan dipelbagai masakan.

Satu ketika sewaktu makan di sebuah restoran yang kerap saya kunjungi, saya memerhatikan seorang perempuan pelayan restoran tersebut sedang enak makan tengahari dengan berulamkan kubis rebus bercecahkan sambal belacan. Sungguh berselera perempuan ini menghabiskan makanannya. Perempuan ini sudah berkahwin. Saya memandangnya dengan penuh sayu dan sedih kerana memikirkan akibat dari memakan sayur kubis tersebut. Kemudian saya terpandang seorang pelayan lelaki berasal dari Indonesia yang saya kenal. Saya bertanya kepada pelayan lelaki ini “Mat engkau makan kubis tak?”.

Mat menjawab “Saya tak makan”.

Saya bertanya lagi “Kenapa tak makan kubis, bukankah kawan engkau tu sedang enak makan sayur kubis?”

“Bapa saya tak bagi makan kubis” jawab Mat ringkas.

“Kenapa bapa engkau tak bagi makan kubis?” saya menyambung soalan.

“Entah, saya pun tak tahu tapi saya ikut saja cakap bapa saya” Mat menyambung perbualan.

Dari perbualan ringkas saya dengan Mat iaitu seorang pelayan di restoran yang berasal dari Indonesia, dapat saya rumuskan bahawa masih ada segelintir manusia di Malaysia ini yang masih mengamalkan petua orang tua agar tidak makan kubis. Namun apa yang saya sedih ialah Mat ini tidak tahu apa kesan kalau makan kubis ini. Dari penyelidikan ke atas para pelajar saya, memang sah tidak sampai 2% dari mereka ini yang tidak makan kubis. Majoriti memang suka makan kubis dan setengahnya sangat suka kubis dan ada pula yang setiap hari hanya makan sayur kubis, subhanallah.

Apakah sebenarnya kesan apabila manusia memakan kubis? Jawapannya adalah SEKIRANYA SESEORANG MAKAN KUBIS, IA AKAN MENYEBABKAN KEPUTIHAN KELUAR DARI KEMALUANNYA. Apabila disebut sahaja keputihan ramai orang perempuan memang tahu apa bendanya kerana kini ia menjadi masalah yang lumrah pada kebanyakan perempuan samaada anak dara atau yang sudah berkahwin. Fakta ini diakui oleh seorang doktor wanita pakar sakit puan yang dipanggil untuk membincangkan masalah sakit puan di TV3 satu masa dahulu. Doktor perempuan pakar sakit puan ini berkata “Penyakit keputihan adalah penyakit normal yang dihidapi oleh orang perempuan. Ia hanya akan mendatangkan masalah apabila kuantiti keputihan yang dikeluarkan ini terlalu banyak hingga menyebabkan secondary infection”. Dari kenyataan doktor perempuan ini, apa yang dapat disimpulkan di sini ialah bahawa doktor perempuan ini juga mengalami masalah keputihan.

Keputihan yang keluar dari kemaluan perempuan ini sememangnya mendatangkan pelbagai masalah. Keputihan ini menyebabkan bau yang amat tidak menyenangkan kepada wanita itu sendiri mahupun kepada sang suami. Sekiranya kuantiti keputihan yang dikeluarkan adalah banyak, ia bakal mengundang jangkitan penyakit lain seperti gatal yang amat sangat. Ini adalah disebabkan keputihan ini sebenarnya adalah protin yang dikeluarkan dari dinding kemaluan perempuan akibat dari memakan kubis ini. Protin keputihan ini adalah satu medium yang amat digemari oleh mikro organisma seperti kulat dan bakteria. Kedudukan keputihan yang dikeluarkan melalui kemaluan ini begitu tersorok dan sangat lembap dan faktor-faktor ini semua mengundang kulat dan bakteria untuk tumbuh di atasnya yang seterusnya menyebabkan kegatalan yang serius.

Kebanyakan para doktor termasuk doktor perempuan pakar sakit puan yang di panggil TV3 di atas tidak mengetahui tentang punca penyakit keputihan pada orang perempuan. Bila orang perempuan berjumpa doktor untuk rawatan masalah keputihan, doktor akan memberikan berbagai ubat termasuk krim untuk disapukan di kemaluan, namun semua ini tidak membantu kerana kemaluan terus mengeluarkan keputihan. Perempuan yang sudah mengalami kegatalan disebabkan keputihan ini seterusnya akan menghadapi masalah kegatalan yang amat serius apabila mereka makan udang, ketam, sotong atau kerang. Masalah kegatalan ini menyebabkan masalah yang lebih rumit lagi iaitu seorang isteri tidak mampu atau minat untuk melayan suami dan ini pastinya mengundang rantaian masalah lain.

Masalah keputihan yang serius juga sebenarnya mengundang satu lagi masalah yang lebih rumit iaitu MIGRAIN di bahagian tertentu kepala. Masalah keputihan peringkat serius ini sebenarnya mengakibatkan kemaluan jadi amat tidak selesa dan seakan-akan berdenyut. Gigi kalau sakit, kepala juga sakit. Kalau badan demam, kepala pun sakit. Dengan kaedah yang sama ini, bila kemaluan wanita meragam ia mengakibatkan migrain. Perempuan yang migrain ini kalau sudah berkahwin, bayangkanlah bagaimana mereka hendak melayan suami serta menguruskan rumah tangga dan anak-anak.

Satu perkara yang para isteri perlu mengetahuinya ialah keputihan ini menghilangkan nafsu suami ketika ingin bersama kerana baunya yang tidak selesa serta kesan lain yang agak memalukan untuk diceritakan di sini. Cukuplah dengan perkataan bahawa suami akan loya selepas bersama isteri apabila melihat kemaluannya.

Begitu sekali parahnya akibat memakan kubis. Cara mencegah keputihan amat mudah, iaitu JANGAN MAKAN KUBIS ATAU KUAH YANG MENGANDUNGI KUBIS.

Adakah keputihan menyebabkan keputihan kepada kaum wanita sahaja? Jawapannya ialah keputihan juga menyerang kaum lelaki. Kanak-kanak lelaki yang suka makan kubis apabila bersunat akan mengalami masalah BUTA pada kemaluannya. Buta kemaluan ialah satu kes di mana selaput kulit yang bakal di potong sewaktu bersunat melekat kepada bahagian kepala kemaluan lelaki dan bahan yang menjadi pelekat ini ialah keputihan.

Jikalau pada wanita, keputihan dikeluarkan pada dinding vagina, keputihan pada lelaki dikeluarkan di sekitar pangkal kepala kemaluan. Inilah antara hikmah Allah menggalakkan lelaki bersunat agar lebih mudah bagi mereka untuk membersihkan kemaluan dari keputihan. Kini orang bukan Islam juga gemar bersunat dengan alasan yang sama. Keputihan pada lelaki mengakibatkan bau amat busuk setiap kali membuka seluar dalam. Seluar dalam juga kotor di bahagian kemaluan akibat keputihan ini akan menjadi daki yang berwarna hitam.

Selain dari masalah yang telah dinyatakan di atas, keputihan juga menyebabkan kulit menjadi kering dan mengakibatkan sukar menambah berat. Ini dapat dijelaskan dengan mudah kerana sebagaimana telah dijelaskan di atas, keputihan adalah protein. Begitu juga putih telur adalah kaya protein dan warnanya juga adalah putih. Protein yang disingkirkan melalui kemaluan ini sebenarnya amat diperlukan oleh tubuh tetapi akibat memakan kubis, protein ini dikeluarkan sebagai keputihan. Jadi walaupun seseorang banyak makan sumber berprotein, akibat mengambil kubis, protein mustahak ini dikeluarkan dari tubuh sebagai keputihan dan alangkah membazirnya proses ini.

Sumber : Laman Emjay

Posted in Pemakananwith 21 Comments →

Rahsia Buah Kurma10.10.07

Buah kurma atau dalam bahasa Arab nya dipanggil tamar tergolong dalam keluarga phoenix.
Phoenix adalah sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit.Buahnya bertangkai seperti buah pinang.Kurma mengandungi pelbagai khasiat pemakanan yang tinggi seperti Kismis dan Aprikot kering.

Antara khasiat buah kurma ialah ;
1-Kaya dengan protein
2-Kaya dengan gula
3-Kaya dengan serat
4-Kaya dengan Vitamin A dan Viramin C
5-Kaya dengan zat mineral dan galian seperti Besi, Kalsium, Sodium dan Potasium.

Umat Islam disunatkan untuk berbuka dengan kurma.
Kepentingan buah kurma adalah berdasarkan hadith Nabi SAW yang bermaksud :
“Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma adalah antara makanan/buah yang paling disukai oleh Rasulullah SAW.

Pecahan kandungan khasiat buah kurma dalah seperti berikut ;
1-Protein (1.8~2.0%)
2-Serat (2.0~4.0%)
3-Glukosa(50.0~57.0%)

Disebabkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi,maka apabila kita memakan kurma, tenaga dapat diserap oleh tubuh dengan serta-merta.

Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan lain, dikenali sebagai Fraktosa dan Gula Tebu atau Gula Pasir yang biasa mengandungi Sukrosa.

Gula-gula jenis ini tidak boleh menyerap terus ke dalam tubuh.Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi Glukosa.Glukosa inilah yang diserap oleh tubuh sebagai tenaga.

Oleh itu kita sangat-sangat disunatkan untuk berbuka dengan kurma.Kurma dapat memberikan tenaga tenaga segera kepada si pemakan.Ini membolehkan kita beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih dengan lebih bertenaga walaupun kita telah berpuasa di siang harinya.

Adalah sangat digalakkan untuk kita makan buah kurma tanpa buang kulitnya.Ini kerana buah kurma kaya dengan serat.Serat ini melawaskan makanan dan dapat mencegah barah usus.

Kandungan vitamin A dan C adalah paling tinggi semasa kurma di peringat Rotab dan Khalal. Manakala kandungan zat galian dalam kurma seperti Potasium adalah amat diperlukan oleh sistem saraf kita.

Pendek kata, Buah Kurma adalah juadah berbuka puasa yang terbaik untuk kita.Benarlah…dalam sunnah Nabi SAW itu terdapat banyak sekali hikmah dan manfaat sekiranya kita dapat mengamalkannya.

*Ada pelbagai cara untuk menikmati buah kurma. Di sini saya akan ceritakan satu resipi buah kurma yang anda patut cuba. Resipi ringkas ini diberikan nama ‘air kurma susu’. Cara buatnya amat mudah ;

1-Masukkan beberapa ulas buah kurma yang telah dibuangkan biji nya dan segelas susu segar ke dalam blender
2-’Blender’ buah kurma dengan susu tersebut hingga sebati
3-Letakkan di dalam peti ais selama 1~2jam
4-Setelah betul-betul sejuk, barulah ‘air kurma susu’ itu diminum

Resipi ini memang sangat bagus untuk kesihatan. Cubalah.

Kurma juga bagus diberikan kepada baby atau anak-anak kecil. Cubitlah sedikit isi kurma dan suapkan ke dalam mulut baby anda. Ianya membantu pembesaran minda dan kecerdasan minda anak anda.

Sumber : http://pakarhowto.com

Posted in Islam, Pemakananwith 3 Comments →