Pinggan Mangkuk Tak Halal?? Pelik Tapi Benar

Saya terpanggil untuk memberi sedikit maklumat untuk pengetahuan saudara semua. Hati-hati ketika membeli pinggan mangkuk yang tertera di bawahnya Fine Bone China atau Bone China. Ini kerana pinggan mangkuk tersebut kemungkinan besar dibuat daripada tulang-temulang babi yang telah dibakar dan dihancurkan menjadi serbuk dan diadun menjadi ‘clay’.
Proses yang sama digunakan untuk membuat pinggan daripada ceramic cuma ia menggunakan bahan terlarang untuk untuk menggantikan tanah liat.Untuk pengetahuan semua, perkara ini telah dimaklumkan kepada saya oleh seorang pensyarah berbagsa Cina.
Waktu saya sedang mengikuti kelas bahasa Inggeris. Dia meminta kami merujuk perkataan ‘bone? di dalam kamus Bahasa Inggeris terbitan Longman dan kemudiannya meminta kami menerangkan apa maksud ‘bone china?. China ? maksudnya adalah pinggan mangkuk. Menurut beliau, perkataan ‘china? dirujuk sebagi pinggan mangkuk bermula sewaktu zaman kapal dagangan di mana Negara China memang terkenal dengan pembuatan pinggan-magkuk mereka.
Jadi nama China memang sinonim dengan pinggan-mangkuk. Manakala ‘bone china? ? maksudnya adalah cups, plates, etc., made of fine white clay mixed with crushed animals bones; a kind of porcelain. Jadi yang perlu diteliti disini adalah perkataan ‘bone? itu sendiri yang membawa maksud bahan yang terkandung di dalam pembuatannya.
Tujuan mereka menggunakan tulang tersebut adalah kerana hasilnya lebih berkualiti dan halus. Warnanya juga lebih putih dan ringan. Biasanya pengeluar produk ini adalah negara2 yang merupakan negara yang menjadikan babi? sebagai sumber protein di dalam menu harian mereka.
Jadi kesimpulan yang boleh dibuat, tulang-tulang ini kemungkinan besar adalah dari sumber tersebut. Walau bagaimana pun, pinggan-mangkuk dari sumber ini dijual agak mahal berbanding porcelain biasa, mungkin bahan dan prosesnya lebih rumit.
Ia biasanya akan dipamerkan di atas rak-rak yang eksklusif. Jadi kepada semua berhati-hatilah ketika membeli pinggan-mangkuk untuk kegunaan kita seharian. Terfikir saya, apa agaknya kesan kepada kita dan anak-anak jika mengunakan produk ini setiap kali menikmati sajian? Sebagai umat Islam saya rasa terancam dan kesal kerana pinggan mangkuk import ini tidak mungkin datang dengan stamp halal.
Oleh itu terpulang sepenuhnya kepada kita untuk lebih berhati-hati di masa akan datang. Gunakan lah tisu, untuk memegang pinggan tersebut sekiranya anda was-was dan periksa labelnya telebih dahulu. Biarlah pakai pinggan murah, asalkan berkat.
p.s. - Untuk keterangan lanjut bagi perkataan “Bone China”, sila lihat definasinya;
Bone China The ingredients of bone china are china clay, china stone, silica, alumina, alkalies, lime and bone ash. It is fired at high temperatures of 2300 to 2500 degrees Fahrenheit. In the best grades of English bone china 50% or more of the bodyconsists of refined bone ash prepared from specially selected animal bones which are reduced to a fine powder by heat. The bone is mixed with the finest china clays and highest quality Cornish stone. Specially skilled workers are needed in the manufacture of bone china and the best and most highly skilled in the world are found in the pottery district of England


August 12th, 2007 at 9:06 pm
Terdapat manufacturer yang sensitive dengan keperluan Muslim & Vegetarian. Ada pilihan e-bone (iaitu equivalent to bone)seperti mana yang digunakan oleh
http://crownlynn.com/product_fc.html
Islam itu MUDAH….u just need to look around for an alternative…harap yang meminati ‘fine bone china’ masih boleh ‘appreciate’ the alternative e-bone.
Just check the source from the manufacturer…kalau terang terang source natural ‘bone ash’ pakai je la set pinggan mangkuk yg lain
September 6th, 2007 at 3:44 pm
info yg baik…
November 5th, 2008 at 6:40 am
kalau bone china tu x dibuat dari tulang babi sekali pun, tetapi dibuat dari tulang lembu etc yg tak disembelih, masih lagi tidak boleh kita gunakan utk makan sbb tulang tu dikira sbg bangkai…hence, najis.
tapi kalau sentuh/pegang bone china dgn tangan yg kering tidak menjadi masalah.
wallahua’lam
November 10th, 2008 at 3:11 pm
skrg nie mcm2 berlaku cuma kita alpha dan lalai je….insyallah klu kit akn benda tu halal x jadi masalah punyer
April 15th, 2009 at 3:22 am
kalau pinggan tu dibuat dr tulang lembu yg x disembelih kenapa pulak tak halal?? bukan pinggan tu yg dimakan.
macam mana pulak dgn produk kulit yg lain drp kulit lembu..mcm jaket, wallet, beg, kasut..xkan tak halal jugak kalau x disembelih?
July 6th, 2009 at 5:06 pm
hahaha..seyes saper kuarkn artikel nie bt kajian internet ja xpn kamus ja..hahaha.. utk pgetahuan korg2, mmg dia pkai label bone china tp dia hanya pkai tulang lembu jantan sja!! pkai tulang len,clay xjd.. dan utk pgetahuan korg , hrga seramik nie rm20k hingga rm30k.. xda korg bt mkan nya pkai pinggan nie.. haha… penulis adlah, engineer dr school of material usm.. ak dh dgr china bone nie dr sjm msuk usm la.. xyah nk kelirukn org islam la,xbek.. wallahua’lam
July 29th, 2009 at 3:57 am
Hukum tak boleh nak agak2 tapi mesti berdasarkan dalil dan keterangan yang jelas. Pokoknya berdasarkan ilmu dan realiti. Saya syorkan lihat pandangan Ulama’ Fiqh berdasarkan pandangan beberapa mazhab spertimana artikel yang cukup menarik dilaman Institut Ibn Qayyim, hasil tulisan Ibn’ Syuib. Cukup jelas hujah2 yang dikemukakan yg dapat mengelakkan keraguan. Sekali lagi nak ulang menentukan hukum tak boleh berdasarkan ‘hearsay” semata2.
Pengalaman di London bagi umat Islam ia bukannya satu isu dan persoalan.
October 7th, 2009 at 5:22 pm
tulang atau anggota badan binatang yang telah mati tanpa disembelih adalah najis kecuali disamak. tetapi binatang seperti anjing dan babi walaupun di samak beribu kali tetap haram dipegang. jadi jangan guna akan untuk mentakwil hukum agama.
Katakan tulang itu ialah tulang lembu jantan ? adakah pasti lembu tu disembelih mengikut hukum syarak ? di samak apatah lagi?
Wallahualam!
jika abu tulang lembu. lembu itu sendiri kita tak tau di sembelih dengan betul, apatah lagi disamak? jadi
March 21st, 2010 at 1:48 am
[…] mengandung lemak tapi lemak yang baik. @dee: Masih koq, memang usaha yang diperlukan lebih …Islam Agama Ku | Pinggan Mangkuk Tak Halal?? Pelik Tapi BenarPelik Tapi Benar. Posted in Islam, Pemakanan on Jul 19, 2007. Saya terpanggil untuk memberi sedikit […]
April 18th, 2012 at 6:33 pm
kalo mcm 2 x pyh nk beli pinggan mangkuk yg mahal2…
cukop la pakai pinggan mangkuk yg murah…
kalo beli pinggan mangkuk mahal pon mesti sayang nk dibuat mkn kn…??
emmm mcm2 skarang ni…