Kisah Anak Paderi Memeluk Agama Islam
Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil > cikgu). “cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu…”
Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.
Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;- - Mengapa orang Islam sembah kaabah -Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit. -Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya. Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan -kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 -
konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.
Saya meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau….”
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan saya………”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita…….. Ayah saya menganut Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……..Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu….
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,”You apa tahu… Islam pun baru setahun jagung…..”
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-ka wan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.
Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.
Tolong sebarkan… demi islam… demi agama yang tercinta Insyaallah…


May 9th, 2007 at 5:10 pm
interesting and motivating article especially on the conversion to Islam…
but how is it that holy water tu boleh ‘menyesatkan’?
strange …
June 5th, 2007 at 12:41 am
saje je singgah2 kat sini…
June 16th, 2007 at 10:05 am
Assalamulaiku…..
Saya amat terpanggil dengan kisah ini… ape yang saya ingin katakan ialah nialai agama islam dikalangan bangsa melayu seperti bangsa saya sendiri tidak memahami islam itu sendiri. Ini kerana mereka mendapat islam melalui keturunan bukan daripada cahaya islam yang sebenar sebagaimana penulis. Semoga penulis akan terus cekal dlam mendalami dan meyebarkan NUR Allah…..insyaalah
June 21st, 2007 at 9:24 pm
Sesungguhnya tiada agama yang benar melainkan Islam.
August 11th, 2007 at 12:00 pm
air makhluk allah, ada kajian pasal air ni di lakukan oleh seorang pakar jepun..”baca molekul zam-zam”
air ni boleh melihat, membaca n mendengar.
kemudian struktur molekul dia kan berubah mengikut apa yg telah kita katakan.. kalau kita katakan “terima kasih” satu bentuk kristal cantik akan terhasil. dan kalau kita cakap “benci” kristal air tadi akan terurai membentuk struktur molekul yang hodoh..
kalau kita bacakan ayat suci al-quran keatas sebotol air, apa yang terhasil mesti lah kilauan kristal yang cantik dan indah.. itu mgkn faktor
penyembuhan boleh di buat oleh umat islam hanya berasakan air.bygkan kristal air tu bergerak di seluruh tubuh badan kita, sudah tentu ia mempengaruhi tubuh kita.Tapi ingat dgn IZIN ALLAH
jadi konsep holy water ini sama juga dgn air yassin.. bila air tu di baca utk di jadikan holy water, sudah tentu molekul air tu berubah jadi bentuk yang hodoh dan mengikut kata2 jampi serapah itu.. mungkin juga molekul air tu jadi bentuk “salib”.. jd bayangkan kalau molekul air berbentuk salib tu berjalan di seluruh tubuh kita apa kan berlaku?? sedangkan kalau kita nampak “salib” pun rasa tak senang je… ini kan pula kalau benda tu dah berada dalam tubuh and darah kita…. ini teory saya saja k..
jadi konsep holey water ini sama juga dgn air yassin.. cuma beza nya, sturktur molekul
August 13th, 2007 at 8:07 pm
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
tolong bagi keterangan lebih lanjut. terima
kasih
October 15th, 2007 at 3:48 am
apa isi kandungan Khusti Kudus?
email saya din_8543@yahoo.com
July 29th, 2008 at 12:57 pm
assalamualaikum…saya seorg gadis yg berumur 19 tahun. walaupun sy dilahirkn dalam Islam, tetapi sy ingin menjadi sepertimu. Memperjuangkn Islam.. memperbetulkan diri sendiri kerana Allah s.w.t. 2ng sy yg dlunya beragama kristian tetapi skrg memeluk agama Islam. Dia mmpunyai 4 org adik beradik, hanya dia dan kakak yg ke2 memeluk Islam. Kdg2 ape yg ditny oleh 2ng sy, sy x mampu nk jwb dn sy suruh dia tny ustaz. Sy sygkn agama ini. Wlupn byk dosa yg saya lakukn sy masih brpegang pd Islam. Klu bleh sy nk jg bkla ibu mertua saya memeluk agama suci ini. Memang hbngn sy dgn bkl ibu mrtua sy baik. klu bley sy nk die terpikat dgn sy juga dgn agama kita.
August 11th, 2008 at 11:48 am
Bolehkah anda Farhan, hormati agama asal awak…tahu tak awak, saya lahir dari dua agama yang berbeza tapi kami hidup aman, tidak pula saling memburuk-burukkan sesama agama..sebab saya percaya semua agama itu membawa kebaikan..pada saya hayati agama itu dengan ikhlas..percaya atau tidak, bapa saudara saya seorang haji dan jga ustaz, tidak pula dia berdakwah yang bukan2..kenapa apakah dalam Kitab al-quran ada mengatakan cacilah kepada yang bukan beragama Islam? sungguh sedih..mungkin itulah sebabnya manusia asyik bertengkar sahaja disebabkan agama..sebenarnya siapa kita ini untuk menentukan mana agama benar dan mana agama yang salah..yang penting pada iman dan kepercayaan kita yang teguh..dan kalau mengikut apa yang telah anda tulis banyak yang bercanggah..tapi tidak mengapa itu hak awak untuk menulis..dan pastinya pada saya bukan agama itu yang tidak baik..tapi orang yang menganuti agama yang membuat nama agama itu buruk..itulah realitinya.
August 12th, 2008 at 2:38 am
assalammualaikum warohmatullah hi wabarokatuh
bismillahhirrohmanirrohim..
kepada saudari anne.. sy agak kurang senang dgn kenyataan saudari.. dari ape yg sy baca, saudari seakan tidak puas ati dengan tindakan saudara farhan dengan menyatakan farhan tidak menghormati agama asalnya..(sy ambil kenyataan ni berdasarkan ayt pertama saudari, anda meminta supaya farhan menghormati agama asalnya).. sejujurnya…. bagi saya.. farhan telah membuat sesuatu perkara yang sangat baik.. dan meskipun ibubapa kandungnya tidak memeluk islam, dia masih ingin berbaik2 dengan ibubapa kandungnya.. dan saya tidak nampak 1 pun kenyataan farhan yang meburukkan agama lamanya iaitu kristian.. mungkin saudari slh faham.. sy tidak pasti.. tetapi mungkin juga saudari slh faham dri segi farhan berkata tentang holy water.. holy water itu adalah 1 peringatan dari farhan kepada umat islam supaya umat islam tidak terminum.. bukannya bertujuan untuk memburuk2kan agama islam.. dan saya minta.. jika farhan ada tulis apa2 yang bercanggah..sila nyatakan.. mungkin umat2 islam yang lain mampu menyelesaikan kemusykilan saudari.. Mungkin pada saudari setiap agama sama, dan mengajar untuk berbuat baik..sy akui. tetapi begitu juga dengan golongan athiest.. mereka tidak mepunyai agama. tetapi msih berfkiran perbuatan baik akn dibalas baik.. tp bagi sy.. sbgai seorg umat islam.. agama islam adalah agama yang terbaik..itu yang kami gelar iman..kepercayaan dan keyakinan// manusia bertengkar.. kerana sifat manusia.. fikir sedalam2nya.. jika saudari tahu sejarah.. mungkin saudari akan faham.. wallahualam..
August 22nd, 2008 at 12:01 am
Assalamualaikum kepada semua pembaca…….
terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kepada ALLAH S.W.T kerana memberikan hidayah kepada saudara Farhan untuk memeluk agama islam yang suci ini……sesungguhnya agama islam itu adalah agama yang benar dan terbaik…. saya juga terfikir alangkah bagus sekiranya terdapat ramai lagi umat manusia yang terdorong untuk memeluk islam….saya juga kagum dengan semangat saudara untuk menyebarkan agama islam khususnya kepada manusia yang bukan beragama islam…saya mendoakan supaya usaha saudara mendapat keberkatan dan kejayaan daripada ILAHI.
November 12th, 2008 at 2:47 pm
anda tidak kenal Tuhan dalam bible. al Quran Ali Imran 45 nabi isa yang terkemuka didunia dan akhirat kenapa tidak percaya dia. saudara kurang pengetahuan tentag Bible.
February 26th, 2009 at 2:18 pm
hmmm sgguh ajaib…sy ingin msk islam…tapi x tau bgmana caranya…tlg saya….
April 12th, 2009 at 7:18 pm
salam….
saya kurang setuju dengan statement dr saudari anne..saya rasa apa yang farhan lakukan adalah baik..betuk kita harus menghormati agama lain..tapi ingat!!! agama yang benar dan suci adalah agama ISLAM.. agama yang diredhaii oleh ALLAH S.W.T adalah agama ISLAM…actually saya sendiri ingin sangat melihat umat ISLAM sekarang ni bersatu padu.. sama-sama berjuang menegakkan ISLAM..kenapa kita tidak boleh berjuang seperti zaman khalifah ar-rasyidin?? apakah kita nie semua pengecut?? tidak berani menegakkan agama ALLAH.. ingat lah..kalau kita berjuang ke jalan ALLAH s.w.t… syurga jaminannya..jadi saya harap sangat2 satu hari nanti..umat ISLAM nie sedar, yang ISLAM skun nie makin rapuh…makin lumpuh…jagn sampai kita ditindas oleh kafir laknatullah…jgn nnt kita dipermainkan….bangunlah…zaman skun sudah hampir dengan akhir zaman..bertaubat lah selagi masih terbuka pintu taubat..kita x tahu apa akan jadi pada masa akan datang..mungkin hari ini kita akan menemui ajal kita..dan waktu tue, terlintaskan di hati kita adakah sudah cukup bekalan kita?? sama2lah kita renungkan..
-beramal dengan ilmu-
July 17th, 2009 at 10:19 pm
SESUNGGUH NYA..
ISLAM ITU AGAMA YANG SUCI DAN SEMPURNA…
July 20th, 2009 at 1:46 pm
to ryn..
u can ask 4 help from anybody trusted a.k.a jabatan agama Islam..
or any ustaz o ustazah…
if u have frenz yang sangat arif ttg Islam lg baguz n senang to guide u…
by the way may god bless u…amin…..
August 8th, 2009 at 11:44 am
assalamualaikum, sy ingin menegur sedikit kepada saudari Anne,
Islam adalah agama yang Benar dan Diredhai Allah, jangan sekali2 menidakkannya..Dalam al-Quran sendiri menyentuh tentang kebenaran Agama ini. hati saya rasa sakit dan terguris anda bila berkata “sebenarnya siapa kita ini untuk menentukan mana agama benar dan mana agama yang salah”.
August 9th, 2009 at 6:39 pm
Assalamualaikum…
Alhamdulillah buat saudara Farhan.Moga Allah sentiasa membantu anda dalam segala perbuatan dan tindakan yang baik.
Buat Anne..tak kenal maka tak cinta…….banyak lagi yang u kena cari …..renungkan siapa diri anda di muka bumi ciptaanNya. Kita hanya tetamu Allah …sementara ja kat dunia ni…….jadi gunakan peluang yang tinggal sedikit ini untuk mencari hakikat yang sebenar, Islam dan DIA..Moga u faham..
August 14th, 2009 at 9:33 pm
salam…
saya sangat tertarik dengan penjelasan mengenai struktur molekul air dan holly water.
ia sangat dapat membantu saya untuk membersihkan diri dari bahana holly water memandangkan selama dua tahun rakan sebilik saya adalah penganut kristian. terima kasih kepada farhan dan zulaikah atas infomasi yang berguna tu…….
teruskan berdakwah…
August 18th, 2009 at 12:37 am
syukur alhamdulillah…….
Allah S.W.T Maha Berkuasa,Maha Agung….
marilah kita bersama-sama menyahut seruan-Nya…..
laksanakanlah hukum Allah,nescaya aman dunia dan akhirat…
sama-samalah kita jaga generasi Islam yang akan datang agar mereka lebih beriman kerana dunia skrg semakin hebat dugaan dan cabaran…
Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar
August 18th, 2009 at 10:44 pm
assalamualaikum semua?
sesunguhnya islam itu penyelamat maknusia dari kesesatan kita sebagai maknusia memang harus menyembah pada yg mencipta dunia dan mahluk di dalamnya dalam alquran pon lengkap tentang kewujutan allah yg memiliki alam ini. pada farhan moga iman mu teguh untuk pengetahuan mu ramai org islam skrangni pada namanya saja sebab itu kita tak dapat bezakan mana yg sebenarnya beriman. oleh itu jangan putus asa kalau ada org yg namanya islam tapi perbuatanya semacam menghalang kita memberitahu kebenaran. ingatlah tiada kematian yang baik daripada mati dalam keadaan kita berugama islam. wslm
August 26th, 2009 at 3:00 am
Apa yg diceritakan oleh si Farhan tu adalah fitnah. Sepanjang hidup saya bergiat aktif dalam gereja tidak pernah sekalipun saya mendengar, melihat dan menyaksikan gereja memberi atau menyogok ahli-ahli gereja dengan ‘commission’ sesen pun ni apatah lagi beribu ringgit.
Kenapa perlu takut pada ‘holy water’, salib ? That is the most absurd thing i ever heard. Orang yang ‘takut’ kepada agama lain adalah orang yg takut kepada kekuatan imannya sendiri..pendek kata “lemah”.
oh satu lagi, kita orang ke gereja untuk bersembahyang bukan untuk mengatur strategi mengkristian orang apatah lagi untuk memburuk-burukkan agama lain. Enough said..your action and words really showed ‘a true picture’ of who you are.
August 26th, 2009 at 3:20 am
Yes it is true only God can forgive sins but there is a ‘but’. Tuhan berikan keistimewaan kepada manusia melebihi segala makhluk supaya kita boleh berfikir menggunakan akal. When we say ‘ forgive me for hurting you’ / maafkan saya/ampunkan saya kepada seseorang, adakah ini bermakna kita menduakan Tuhan sebab meminta orang yang kita sakiti itu untuk memaafkan kita ?
My point is - God wants us to forgive each other. Isn’t that a good thing ? If you all still saying that we can’t forgive each other becoz only God can forgive, then I rest my case…I FORGIVE U
August 26th, 2009 at 3:28 am
Satu lagi pasal holy water…untuk pengetahuan semua..orang kristian tidak minum holy water, kita hanya ceduk dgn jari dan buat sign of the cross kat dahi, bahu kiri dan tangan bila nak start sembahyang atau bila nak masuk dan keluar gereja. Tak pernah dalam sepanjang hayat saya sebagai seorang kristian minum walau setitik pun holy water…
Si Farhan, tu air mineral water kot atau kamu ni bekas ahli ‘kristian ajaran sesat’ kot…I forgive u Farhan whoever u are…may u have peace.
August 27th, 2009 at 1:03 am
Tujuan saya nak tulis kat blog ni bukan nak memburuk-burukkan mana-mana agama ok…saya hormati semua agama. Tapi saya cuma musykil tentang ‘fakta-fakta’ tentang agama kristian yg dicerita si Farhan tu :
1) si Farhan ada cakap ttg vatican city, pope - so saya assume farhan dari Kristian Katholik ? Kalau betul andaian saya dia Katholik , BILA PULA PADERI BOLEH BERKAHWIN ? Dlm katholik, paderi tidak dibenarkan berkahwin - so si farhan ni anak sapa eh ? Paderi songsang/sesat ?
2) Farhan cakap ‘HOLLY WATER’ dibuat di Vatican City ? Ejaan dia pun salah, bukan HOLLY tapi HOLY get it ? Untuk pengetahuan semua holy water yg ada di gereja adalah air paip biasa (paip yg ada di gereja tu sendiri) yang telah diberkati oleh paderi ( bukan pope atau bukan air yang diimport dari vatican).
Kesimpulannye - kepada semua jgn terlalu mudah percaya kepada individu yg publish cerita yg bukan-bukan. Memanglah it is nice to hear such story if it is supporting your own belief. To those ’story teller’ yg bercita-cita nak jadi mcm Dan Brown tu - get your fact straight first before you embarass yourself with your ignorance.
September 2nd, 2009 at 3:12 pm
selamat semua. that why la dunia x pernah aman. all talk about thier on religion is true.
September 3rd, 2009 at 1:02 pm
layari http://imamislam.weebly.com/
September 11th, 2009 at 9:38 pm
to ryn….
i’m very excited for what happen to you…
saya harap dapat berhubungi ryn…
toyeng_90@yahoo.com
October 15th, 2009 at 9:37 pm
“ya Allah
kurniakanlah kami kefahaman
dalam agama_Mu
Jadikanlah kami
insan yang tetap tabah
dalam menghadapi dugaan_Mu
ikatkanlah hati kami
supaya tetap bersama_Mu,mengingati_Mu
dan
merindui_Mu..
teruskan perjuangan dlm menegakkan islam..
December 7th, 2009 at 3:02 pm
Islam akan hidup sampai hari kiamat dan tiada agama yang benar melainkan islam Allahu akhbar….amin islam agamaku
December 20th, 2009 at 9:56 pm
assalamualaikumwarrahmatullahiwabarakatuh….. (kpd smua umat Islam)
dan salam sejahtera (kpd yg bkn Islam)
saya berterima kasih kpd Farhan krn niat baiknya menceritakn ttg kbaikan dan kemuliaan Agama Islam..
dan saya juga menghormati pendapat Raphael dlm mmperthnkan agamanya..
Sesiapa sja,agama apa pun yg mereka anuti, mereka pasti akn mprthnkan agama masing2… spt apa yg Raphael lakukan..
tetapi raphael…
December 28th, 2009 at 10:38 am
may Allah bless us 4eva
July 1st, 2010 at 5:12 pm
maybe kisah ni dah lama, tetapi saya br membacanya. Sama ada kita ditakdirkan lahir sebagai orang Islam atau bukan tidak bermakna takdir kita juga begitu. kita dikurniakan akal fikiran bagi memilih mana buruk dan mana baik dan mana terbaik utk kita. Tetapi sebagai umat Rasulullah SAW samaada Islam atau kafir, kita ditinggalkan olehnya 2 perkara iaitu Al-Quran dan Hadisnya. Jika semua orang dapat memahami Al-Quran dan hadisnya( terjemahan ada dalam berbagai bahasa ketika ini) maka Islam tidak akan digambarkan sebagai extreme, terorist dan sebagainya.
August 10th, 2010 at 5:53 pm
saya rasa awak telah pun mendapat hidayah dari allah s.w.t…sy harap awk dpt meneruskan usaha awak and all the best for you….
August 19th, 2010 at 4:47 pm
” Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar ”
( SURAH AL-BAQARAH , AYAT 23)
Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.
( SURAH AL-BAQARAH , AYAT 24)
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman “Qisas” (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
( SURAH AL-BAQARAH , AYAT 178)
August 28th, 2010 at 1:25 pm
salam sejahtera semua mengikuti blog yg indah ini…
semoga kita semua mendapat apa yg kita inginkan setelah membaca yg terkandung dlm blog ini..
terima kasih dan salam damai.
August 28th, 2010 at 6:50 pm
baru aje baca, alhamdulilah Farhan dan keluarga
August 28th, 2010 at 6:52 pm
Quran tidak berubah sejak diturunkan hingga hari ini dan selamanya, bandingkan dengan yg lain (Bible dll)mengalami perubahan mengikut masa
September 24th, 2010 at 3:27 am
Aku, Lim dan Islam
Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.
kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.
Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.
20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.
Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. ” He’s name is no more Lim Wei Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.
Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.
….Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.
‘Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang” Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.
Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?…
Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?
kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.
Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?
Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.
Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.
Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.
Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?
Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.
Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.
Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?
Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.
P/s : sebagai Tauladan..
March 16th, 2011 at 10:09 pm
rasa terpukul juga cerita aku, lim dan islam.. sungguhpun begitu.. alhamdulillah tuhan masih menyayangi hambanya.. bukan senang hendak menjaga iktikad kita.. tersilap langkah jatuh murtad.. namun begitu kita perlu berhati-hati setiap perbuatan, percakapan kita.. jangan mudah2 memperlekeh agama agama yang kita anuti.. kita pun tahu agama islam adalah yang terbaik.. jadi pelihara agama kita.. kita perlu bersyukur kerana dilahirkan dalam islam.. amallah.. kalau tak tahu cari lah guru untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada kita..
June 15th, 2011 at 10:53 am
Assalamualaikum warahmatullah.
Wahai Kawan dan Saudara Seagama Islam.
Jangan ketawa….
Pernah pada satu ketika ramai orang kerumuni seorang kristian untuk mendapat kesembuhan melaluinya. Banyak yang sembuh…
Ada yang bertanya, kenapa ini boleh berlaku sedangkan dia dalam agama yang sesat….
Dengan JAWABAN ini perhatikanlah : Dia istiqamah dalam kesesatan dan kesesatan itu telah memberikan dia suatu upaya….
Maka SAUDARA seagama…jangan ketawa…Siapa yang ketawa dahulu akan ketawa kemudian (tidak akan ketawa selamanya)…
Yang penting, cari keselamatan dengan mengikut dan berpegang teguh dengan Sunnah Nabi SAW….
Wassalam
June 15th, 2011 at 11:00 am
Apa yang dikatakan oleh Saudara Abdullah dari jeram dan dialog antara dia dengan Zulfakar sepatutnya menumbuhkan rasa keinsafan buat kita yang beragama islam….dakwah merupakan tugas yang berlanjutan hingga hari kiamat…namun kita telah leka dengan material dan dunia sehingga yang keduanya itu menjadi matlamat…. kalau ada kawan-kawan seagama cuba untuk memberikan peringatan, orang islam sendiri jawab KAU URUSLAH HAL KAU SENDIRI…JANGAN NAK MENGAJAR ORANG LAIN…
Marilah kita cuba dengan kemampuan yang dianugerahkan kepada kita merialisasikan Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam Kerugian.. Melainkan orang-orang yang beriman yang beramal soleh dan berpesan-pesan dengan KEBENARAN dan berpesan-pesan dengan KESABARAN…
Wassalam
June 15th, 2011 at 11:04 am
Kenapa Islam digambarkan sebagai EXTREME, EXTORTIONISTING, TERRORISING? Tepuk dada tanya IMAN…sebab kita tidak mahu memahami apa itu Islam, kita tidak menghayati dalam kehidupan, kita abaikan Sunnah Nabi SAW…Seandainya kita tidak besar kepala, bersikap sombong dan angkuh, kita akan belajar AKHLAQ Rasulullah SAW yang memang WAJIB diterapkan dalam KEHIDUPAN…Dari situ akan nampak keindahan Islam adalah AGAMA Damai….
Terima Kasih.Wassalam.
June 15th, 2011 at 11:05 am
Memang perkaranya sulit sekali untuk menjaga keimanan. Tetapi banyak cara dan nasihat ULAMA-ULAMA akhirat yang berikan garis panduan untuk kita amalkan supaya tidak kecundang dipenghujung kehidupan dunia…
July 25th, 2011 at 4:35 pm
Tahniah,kalau betuk cerita anda,itu lah jalan ke Syurga Allah.
November 21st, 2011 at 6:29 pm
as salam..
alhamdulillah..
December 1st, 2011 at 12:26 pm
Assalamualaikum,.. alhamdulillah…. saya pun Mualaf. Saya dilahirkan dalam keluarga kristian SDA. sya benar2 bersyukur ke Hadrat Allah s.w.t kerana m’buka hati saya untuk Islam. ~~~ =D
January 23rd, 2012 at 3:32 am
Salam semua… Selamat pagi kpd yg bkan b’agama Islam. Apa yg nak sy katakan d sini ialah, kita sbgai makhluk Allah paling mulia, d kurniakan akal & fkran, kita sepatutnya saling2 m’gingati sesama sendiri.. sekarang dunia Islam kita d landa Ujian yg paling besar, yg mana Umat kita sudah mula leka, lalai, lupa asal usul, bersosial, murtad, & sbgainya. D sini jelas, peranan kita sehari-harian, kita tidak mampu utk mgubah apa yg terjadi sehari2an d dpan mata kita. Byk yg dpt sy tgk, dunia sekarang ibarat, dunia yg mgikut tran semasa, masyarakat sudah mula buat hal sendiri, ibu bapa tidak kisah anak2 remajanya bergaul & bersosial, malahan ader yg myokong. berat & sayu sgt2 bila terpandang mgenai kisah2 pembuangan bayi, kes rogol la, bunuh la, & mcm2 la.. Sehingga sy terfkir, ape nak jadi dgn dunia ni terutama dunia yg beragama Islam… YA ALLAH…….. KENAPA MANUSIA ZAMAN INI BEGITU LEKA DGN NIKMAT DUNIA SEMATA-MATA???? Berikan lah kami semua petunjuk & hidayah YA ALLAH….
August 27th, 2012 at 10:51 am
saya seaorang non muslim…tapi saya amat meminati agama islam tanpa pengetahuan keluarga sy mngikuti kelas agama di sekolah sejak saya berumur 7 tahun..sewaktu saya darjah enam saya dah pandai mmbaca al-quran..masa saat genting pernah saya alami sewaktu ayah saya idtg ke sekolah pada masa yang sama saya dalam kelas agama..sesudah nya anda paham!2 la apa yang berlaku..cuma 1 pesan ayah saya kalau dia tahu bahawa saya memeluk agama islam dia akan buang saya dan tidak mengaku saya anaknya..tapi itu tidak sesekali menghalang saya untuk lbih mendalami islam..saya takut di suatu masa nanti saya akan sesat lbih terjerumus…saya jx berani utk menghadapi sekiranya saya di halau keluar dari rumah..kemana saya harus pergi..saya x nak susah kn sesiapun..saya tungu keadaan saya stabil…banyak yang perlu saya belajar..saya harap hati saya akan tabah dan percaya bahawa allah la tuhan ku dan tiada lainnya..
September 19th, 2012 at 10:28 am
to Raphael,
dalam islam pun banyak 4 mazhab,dalam solat pun ada beratus cara utk solat dengan betul, dalam kristian pun sama jugak kan??
kalau tak percaya tanya kawasan pendalaman org asli sabah n sarawak, ramai yg telah di kristian kan.. dengan cara apa?? duit……………..
October 5th, 2012 at 8:46 pm
@ Santa_Devi.
Kamu nak memeluk agama Islam sbb sejak kecil kamu bace Buku Al-Quran Org Islam…Klu la U bace buku2 Suci Agama kamu sendir iaitu Agama Hindu mukin pendapat kamu akan berbeza. skrg senang je.. Kamu dah bace n faham Buku agam Islam.. skrg cuba pulak baca buku2 agama Hindu yg tidak ada perkataan2 menyataakan Hindu adalah Hebat.. hanye Hindu yg betul, agama lain xboleh ikut..dan lain2 lg. tp kamu boleh dpt belajar ape yg kamu belajar dr buku2 lain. sbb mmg xde buku suci yg setanding dg buku suci Hindu. Agama Hindu xpernah suruh org yg beragama lain utk memeluk agama hindu.. itu la kehebata agama Hindu.. Sbb agama Hindu x kisah Kamu nak masuk agama mane, Agama Hindu x kisah skrg u agama ape.. walaupon kamu seorg yg beragama yg lain..bila kita sembah dewa sahaje dg hati yg terbuka make masalah itu akan selasai mcm tu je. Itu la kehebataan Agama Hindu.. yg x kira kamu Bangsa dan agama ape.. tp bila kamu minta tolong kat situ juga kamu dpt pertolongaan.. tp yg pentingnye kita kena minta dg hari yg jujur. dlm buku2 suci hanye bg tau cara2 utm menyelesaikaan masalah dg sendiri.. tp xde mcm agama lain “klu peluk agama sy baru masuk syurga klu x masuk neraka” Di agama hindu U xperlu masuk atau peluk agama Hindu.. klu perbuataan kamu baik.. kamu akan masuk Syurga dan klu sebalinye masuk Neraka.. x kita bangas dan agama ape? Judgment adalah serata utk kaum manusia dan ia xbelas kasih mcm setengah2 ajaraan agama yg lain. Agama Hindu adalah agama yg paling tertua di dunia dan hanye menajar sains dah matematik.. ape yg di bg tau hanye 1/1000 sahaje dpt di tiru dan di ubah suai jdkan agama lain dan baru yg ada sekarang ini. Hanya di Hindu sahaje mengajar dan membuktikan ape kuasa2 yang Tuhan dah bg pd setiap manusia dan dg kuasa itu manusia bol;h memahai alam2 di dlm dan juga di luar dunia ini.. Sbb tu Org2 Hindu dah bg name utk Planet2 dan juga Bintang2 beribu-ribu tahun dahulu dah bg tau ada 8 planet mengelilingi Matahari dan planet yg ke 9 adalah mataharinye sendiri. lps rocket dah lancar tgk kat luar tu ada ape baru la org putih pon mengaku Agama Hindu adalah yg betul.. sejak hari itu lla Org2 Putih sampai sekarag x berani mengutuk Agama Hindu.. sbb Sains Hindu jauh lebih hebat dr sains moden Skrg. skrg pon klu kita jumpa sami di kuil dia boleh bg tau dimana kedudukan 8 planet dlm 1/2jam saje.