Archive for March, 2007

Manusia, Malaikat & Syaitan03.29.07

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini…awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah…
Syaitan - Ahh, tak payahla… dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh… tak boleh tengok ini, berdosa…
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah MahaMelihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh… best tu… . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2…pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat… lagipun muda hanya sekali….rugila. .. (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu…Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya hari ni..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu…
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu…

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda - Patut ke aku biarkan info dalam pengetahuan aku saja????????????????????
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal, beritahu tentang info ini
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk-sibuk

Posted in Islamwith No Comments →

Hadith Hari Ini : Islam Dan Hukumnya03.25.07

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda “Janganlah kamu berhasad dengki antara satu dengan yang lain, dan janganlah kamu (sebagai pembeli) pura-pura menurunkan harga yang tinggi dengan tujuan memperdaya orang lain supaya membelinya dengan harga yang lebih tinggi,

Dan janganlah kamu benci membenci atau bermusuhan dan janganlah kamu putuskan hubungan mesra dan pulau memulaukan sesama sendiri, dan janganlah kamu (sebagai penjual) memotong jalan penjual yang lain; (janganlah kamu melakukan perkara-perkara yang keji itu) tetapi hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara”.

Riwayat Muslim

Huraian :

1. Islam telah meletakkan hukum yang sesuai bagi kehidupan manusia
2. Matlamat hidup manusia untuk mendapat redha Allah di dunia dan di akhirat
3. Keharmonian hidup dapat menjamin rahmat Allah berkekalan dan sebagai tanda betapa cantiknya Islam jika dihayati sepenuhnya

Posted in Hadithwith No Comments →

Pelaburan Internet Haram03.21.07

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, berang ketika mendedahkan ada pegawai kanan kerajaan di negeri itu dikesan terbabit dalam pelaburan di internet yang semakin popular hingga menjejaskan prestasi kerja.

“Jika masuk jabatan kerajaan, kita melihat segelintir kakitangan sibuk berurusan atau mengendalikan pelaburan skim pelaburan menerusi internet.

“Yang menarik, bosnya (ketua jabatan) turut mengeluarkan wang untuk menyertai skim ini. Ini menyebabkan prestasi kerja menurun,” katanya.

Bagaimanapun, hanya satu pesanan daripada Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin kepada umat Islam yang ghairah melabur di internet:

“Jika makan khinzir itu haram dan berdosa besar, dosa makan riba adalah lebih besar daripada dosa makan khinzir. Kerana itu, al-Quran mengisytiharkan riba sebagai perang.”

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan mengenai pelaburan menerusi internet yang disifatkannya riba.

Menurut mufti termuda negara itu, tindakan ramai orang Melayu menyertai pelaburan itu yang menjanjikan pulangan dalam tempoh singkat jelas bertentangan dengan Islam.

“Pelaburan ini tidak menjalankan sebarang bentuk perniagaan kerana menggunakan pulangan tetap (fixed return) yang jelas bertentangan dengan prinsip Islam iaitu Mudharabah.

“Apabila melabur, pelabur tidak perlu berbuat apa-apa, hanya tunggu keuntungan tanpa mengetahui apa yang dijalankan itu betul atau salah,” katanya.

Dr Mohd Asri berkata, sehubungan itu Majlis Fatwa Perlis (MFP) yang bersidang bagi membincangkan perkara berkenaan 10 Mac lalu mengeluarkan fatwa sebarang bentuk pelaburan menerusi internet adalah haram.

Namun, katanya, keputusan itu belum dibawa kepada Majlis Agama Islam Perlis (MAIP) dan pihaknya akan berbuat demikian pada pertemuan akan datang supaya dapat memberi gambaran sebenar, khususnya kepada umat Islam.

Dr Mohd Asri berkata, dalam perkara itu umat Islam tidak seharusnya mengambil jalan mudah dengan memikirkan keuntungan semata-mata tanpa mengkaji apa yang dilakukan atau disertai.

“Dalam perkara seperti ini yang menawarkan keuntungan atau pulangan segera, orang Melayu memang suka tetapi mereka perlu ingat, ini adalah haram dan berdosa besar.

“Memang ada pihak mengabui mata mereka, pada peringkat awal akan dapat pulangan, tetapi saya pasti ada pihak akan terkena,” katanya.

Beliau kesal kerana ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama pejabat Mufti Perlis dan beberapa pejabat kerajaan lain dengan mendakwa mereka menghalalkan pelaburan itu.

“Ingin saya tegaskan di sini, kami tidak pernah memberi kebenaran, jauh sekali menghalalkan pelaburan menerusi internet, kerana ia jelas haram dan berdosa besar. Begitupun, kami ambil langkah perlu bagi mengelak ia menjadi lebih buruk,” katanya.

Ditanya adakah perkara itu akan dibawa ke Majlis Fatwa Kebangsaan atau kepada majlis agama Islam negeri lain, Dr Mohd Asri berkata, ia terpulang kepada negeri masing-masing.

“Kita di Perlis mengharamkannya tetapi di negeri lain, terpulang kepada jabatan atau majlis agama masing-masing. Begitupun, saya sarankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan segera supaya tidak ramai terbabit dan jadi mangsa,” katanya.

Pada masa sama, beliau menasihatkan orang Melayu khususnya supaya lebih berhati-hati sebelum menyertai sesuatu skim dan perlu merujuk kepada pihak berwibawa jika ada keraguan.

“Pada hari ini, ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan istilah Islam, sekali gus mengelirukan umat Islam yang menyangka sesuatu perkara itu berlandaskan hukum Islam.

“Hari ini kita ada sekuriti syariah yang menjalankan analisis mengenai pelbagai perkara. Bagi yang kurang faham, boleh merujuk kepada mereka yang terbabit,” katanya.

“Mencari rezeki itu wajib, lebih-lebih lagi di dalam keluar daripada kefakiran dan kemiskinan adalah sesuatu yang dituntut. Tidak ramai yang mahu hidup susah dan tidak suka kehidupannya kais pagi makan pagi kais petang makan petang, cukup bulan dapat gaji habis bayar hutang.

Semua ini pasti membelenggu kehidupan seseorang. Tetapi ingat rezeki Allah cukup luas, tiada batasannya tiada hadnya. Dia Maha Kaya. Justeru, janganlah hendaknya keghairahan mencari duit mengalpakan kita daripada mencari pelaburan yang halal.” - Ustadz Mohd. Farid Ravi

Kepada yang ada kemampuan untuk menyampaikan seperti melalui blog, apa salahnya sentuh hal ini sikit. Biar ilmu-ilmu ini tersebar agar umat Islam tak ditipu oleh orang Islam sendiri.

Ingatlah diri anda, tatkala berseorang diri di dalam liang lahad kelak.. Sekujur tubuh, berbalut kain putih, dihimpit tanah kiri dan kanan, atas dan bawah. Hanya amal yang soleh sahaja menjadi penyelamat. Semak sumber pendapatan anda!

Semoga Islam bangkit kembali dan subur selamanya. InsyaAllah.

Wassalam.

Nota: Pesan ustaz, kalau kita dah tahu sesuatu kebenaran, maka wajib bagi kita untuk sebarkan jika kita mampu. Takut? Allah itu lebih utama untuk ditakuti. Dunia ini hanya sementara, kepadaNya jua kita kembali.

Posted in Pelaburanwith No Comments →