Archive for February, 2007

Jatuh Murtad Jika Sambut Valentine02.14.07

Utusan Malaysia KUALA LUMPUR 11 Feb. 2004 - Umat
Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14
Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada
Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal
perayaan itu, Kristian.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata,
hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah
hadis sahih yang menyebut bahawa:

“Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai
sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama
golongan tersebut.”

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga
akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam
terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk
memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh
seperti mengikut sejarah purba Rom.

“Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan
seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita.
Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan
diyakini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini
khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk
meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul
14 Februari biarpun telah banyak penerangan
disampaikan oleh para ulama.

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan
oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai
memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum
bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.

Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan
salah seorang askar secara rahsia sedangkan
undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda
berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk
menjadi tentera.

Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai
menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati
mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka
sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta
terhadap mereka.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan
Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari
burung-burung mencari pasangan mereka.’

Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru
perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari
mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.

Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari
Valentine’ sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan
amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang
dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From
Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu
anak seorang pengawal penjara.

Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali
meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah
lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah
kemaksiatan.

“Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam
menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri
sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari
tertentu atau berkala.

“Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara
se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya
sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam
sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,” kata beliau.

Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya
mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi
selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur
jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila
ditimpa malapetaka.

“Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada
golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak
dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami
isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh
manusia,” kata beliau.

Posted in Islamwith No Comments →

Valentine’s Day, Kehadiranmu Tidak Diundang02.12.07

Kenapa masih menyambut Hari valentine? Adakah hari2 kebesaran yg dianugerahkan Allah SWT tidak mencukupi?

Kita perlu memahami sejarah & tujuan perayaan tersebut seblm melibatkan diri ke dlm sesuatu yg bertentangan dgn Islam. Kita jgn mudah terpedaya dgn promosi2 dlm media massa slogan2 dr barat yg mengaburi pemikiran kita.
Firman Allah SWT: “Dan jgnlah kamu mengikuti apa yg kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan & hati, semuanya akan diminta pertanggungjawabnya” (Al Isra’:36)

Sejarah valentine adalah panjang. Antara ceritanya, secara ringkas, ia bermula dr golongan yg menyembah berhala, iaitu org2 Romawi, yg merayakan acara utk memperingati suatu hari besar mereka yg jatuh pd tanggal 15 Februari.,mereka menamakannya Lucipercalia.

Setelah penyebaran agama kristian, para ahli gereja cuba memberikan pengertian ajaran kristian terhadap perayaan para pemuja berhala itu. Pada tahun 496M, Paus Gelasius (Pope Gelasius) menggantikan peringatan Lupercalia itu menjadi Saint Valentine day, iaitu hari kasih sayang utk org2 suci dgn memindahkan harinya kpd 14 Februari sbg penghormatan bagi seorang pendeta kristian yg dihukum mati pd tanggal itu.

Islam adalah ‘cara hidup’ yg khusus dan unik bg semua umat manusia. Sbg umat yg memiliki peraturan hidup yg unik dan berbeza dari sistem mana pun, kita perlu berdiri atas agama kita yg satu ini tanpa meniru ajaran umat yg lain.
Sabda Rasulullah SAW: “Tidak termasuk golonganku orang2 yg menyerupai selain dr golongan umatku (umat Islam)” HRTirmidzi
Sabda Rasulullah SAW lagi,”Jgn kamu menyerupai org2 yahudi & nasrani”. HR Tirmidzi

Kesimpulannya - Ucapan & sambutan valentine tidak patut dilakukan oleh seorang Islam dan ia bukan hari kebesaran umat Islam.

Posted in Islamwith 2 Comments →

PETUA IMAM SYAFIE02.09.07

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Posted in Islam, Pemakananwith No Comments →